WANNA TRY SOMETHING NEW??

Showing posts with label MaKaN TiMe. Show all posts
Showing posts with label MaKaN TiMe. Show all posts

12 November 2012

Chinese Muslim Food TESCO Shah Alam

Assalamualaikum...

Selamat malam Shah Alam..hey hey hey... apa khabar semua.. hey hey...(sila baca dengan nada DJ radio) ahakss... Bila nak tulis entry pasal food ni kan, memang hati berbunga-bunga..hihi..

Okeh, jalan-jalan cari makan kali ni sempoi saja, tak perlu ke restoran. Pergi ke Tesco sahaja. Makanan ni bertempat di Tesco Shah Alam. Tesco Shah Alam ada dua tau, satu yang dekat dengan Stadium dan satu lagi yang berdekatan dengan Carlton Holiday dan roundabout besar tu. Yang ini dekat Tesco berdekatan roundabout tu. Dua-dua Tesco ni terletak kat Seksyen 13, Shah Alam.

Aku dah 3 kali makan kat sini. Terletak di antara kedai makanan yang lain, tulis nama Chinese Muslim (No. 10). Kat sini yang special nya ada home made noodle. Harga, standard harga kat food court.

Kalau makan home made noodle kedai ni, rasa macam tak perasan dah nak habis. Sedap je gitu, payah nak cerita lah..hehe...

Antara Menu yang ada

Antara menu lain yang ada seperti Beef Noodle Soup Lanzhou Style, Home made noodle with egg, Fried mix noodle Qinhai Style, Home made noodle with chicken, Stir fried pan mee with meat dan lain-lain.
Menu lain aku tak pernah cuba lagi. Harga semua menu antara RM 5 - RM 6 je.

Home Made Noodle with Chicken (RM 5)
Home made noodle with chicken, lagi sedap dimakan masa tengah cuaca sejuk, musim hujan ni lagilah sedap. Fuhhh....

Noodle yang baru siap
Sup mee ni sedap tapi macam tawar-tawar je, tapi bergantung kat citarasa masing-masing. Dia ada sediakan sambal lada dan kicap cili bagi lagi tambah sedap. Pekerja yang sediakan makanan kat sini pun baik dan peramah, takda masalah punya..

Itu saja setakat ini. Bababai.....

C U in court!!  :p

11 November 2012

Cerita Raya Haji 2012

Assalamualaikum...

Tiada cerita menarik sangat tentang Raya Haji yang lepas. Cuma kami satu keluarga berkumpul di Parit Yaani ajela. Yang lagi best, malam tu Cik Din call nak datang tido kat rumah. Esoknya abang aku buat BBQ. Abang aku ni suka sangat buat BBQ, tiap-tiap kali raya mesti buat. Aku ni tak berapa rajin sebab kena duduk mencangkung kipas-kipas kat luar, takda kerusi lagi. Tak rajin, tak rajin. Rajin makan je.


Tunggu ayam siap masak..yummy!! Kipas baek punya..hihhiihh..

Camera yang sama, tapi macam lain warna gambar
Sarah tengah berlari-lari seronok main dengan Alif. Entry lepas ni kita tengok macam mana reaksi Sarah bila parents dia ajak balik..hehe..

Chef BBQ kita.. 

Selain wat BBQ ayam, abang aku buat jugak daging korban.. Daging baru lagi haruslah sedap sangat-sangat. Alhamdulillah rezeki.Ramai lagi orang di luar sana kelaparan, kita di Malaysia memang terlebih mewah dengan makanan.. tetiba lak kan..

Syukur...syukur...

Sampai sini dulu... :-) assalamualaikum..

09 November 2012

Teh Tarik Place

Assalamualaikum...

Makan Time!! Luv it! luv it! luv it! XOXO

Sepetang di IOI Mall, berjalan-jalan nak pergi kedai hardware je sebenarnya. Aku dengan cousin aku keluar pergi Puchong, dah alang-alang, saja la kan gatal singgah IOI Mall Puchong. Selama 3-4 kali aku pergi IOI Mall ni, tak pernah aku jalan habis sebab tempat besar sangat. Bila dah jalan mestilah lapar kan. So, kitorang carilah tempat makan yang 'biasa-biasa', taknaklah makan KFC, MCd, Kenny Rogers or Pizza Hut. Dah biasa sangat, oh please....!  :p haptui..kui3x!!

So, kami tengok kat board direction kat situ cari medan makan a.k.a food court. Apakah??? Kat IOI ni takda food court ke, ke kitorang yang tak reti baca map tu. Pastu nampaklah dia ada tulis Teh Tarik Place. Aku pernah pergi dah tempat ni tapi kat The Curve. So, kami wat keputusan pergi ke situ..

Jom tengok apa yang ada..

Breakfast Set dan Lunch Combo Set
Gambar besarkan sebab tak nampak
Menu dari website Teh Tarik Place, tapi takda harga.
Special : Nasi Kerabu, RM 7.10 (Ayam Percik, nasi, keropok, sambal, ulam-ulam,  kerabu mangga, telur masin dan yang sambal kelapa tu. Tak tau nama la pulak..
Syu order nasi lemak biasa (RM 3.90) dan tambah terung (RM 1.70), teh tarik  (RM 2.50)

Gambar yang diberi tajuk : 'Perlu kerrr??'.. Ahakss!
Review pasal tempat ni, bagi kami takle murah sangat.. but it's local food!! I loike! Macam teh tarik tu, tempat biasa habis mahal pun RM 1.50 je. Tapi kalau kat The Curve, teh tarik dia gelas besar. Barulah betul RM 2.50, yang ini kecik cenonet jek.

Nasi kerabu seriously sedap dan banyak macam tu memang kenyang. Nasi lemak pun ok, lauk terung tu memang sedap. Dan ada banyak lagi pilihan makanan 'biasa' kat sini seperti Mee Goreng, Tosai, Laksa, ABC, cucur udang, karipap dan macam-macam lagi.. Lokasi, cantik. Belakang tu ada view tasik, nak makan kat luar pun boleh tapi tengok cuaca la. Kalau tengah hujan, tempias sikit sebab tu kami makan kat dalam..hihi..  

Nak tengok Website Teh Tarik Place boleh click sini.

Lokasi Teh Tarik Place:

  • The Curve

    Ground Floor, The Curve,
    Mutiara Damansara,
    Petaling Jaya, Selangor.

    1 Utama

    Lower Ground Floor, Rainforest,
    1 Utama Shopping Centre,
    Petaling Jaya, Selangor

    IOI Mall

    3rd Floor, IOI Mall (New Extension)
    Bandar Puchong Jaya,
    Puchong, Selangor.

    Sunway Pyramid

    Lot OB3.LG1.1 & G.9,
    Lower Ground & Ground Floor
    Oasis Boulevard Three
    Sunway Pyramid
    Petaling Jaya, Selangor
  • Empire Shopping Gallery

    Lot LG21, Ground Floor,
    Empire Shopping Gallery,
    Subang Jaya, Selangor.

    Sooka Sentral

    Lot G2C, Ground floor,
    Sooka Sentral,
    Jalan Stesen Sentral 5,
    50470 Kuala Lumpur

    Paradigm Mall

    Lot 2F-25, Level 2, Paradigm Mall
    No.1, Jalan Kelana SS7/26A
    Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya

    Setia City

    Lot L2-09, Level 2, Setia City Mall
    No. 7, Persiaran Setia Dagang,
    Bandar Setia Alam, Seksyen U13,
    40170 Shah Alam

05 November 2012

Breakfast !

Assalamualaikum..

Memandangkan harini aku tak kemana-mana, melepak je lah kejenye yoo.. 

yahuu.. horey... hooorey!!!  lalala..lalalala...joget-joget..

Google aja. comel pulak anak omputih ni.

Tambah-tambah lemak dalam badan ni memamg kerja paling senang dalam dunia..hihik! Sambil-sambil bukak laptop, masak air dan goreng ayam. Maka siaplah sarapan segera aku.. jeng jeng jeng!

Tara!!

Ayam tu dah hilang satu..magic betol lah.. hihik..
Mayonis Kewpie tu aku baru beli, sedap ooo.silalah cuba. promosi lak kan.. 

Ok..tatata...

13 September 2012

MEDAN STEAMBOAT DATARAN BANDARAYA, JOHOR BHARU (2012)

Assalamualaikum....

Setelah berpenat lelah ber'shopping' di Pasar Karat, abang aku bercadang nak lepak-lepak makan steamboat dulu. Saje je la abang aku nak bawak pelancong dari luar negeri ni.. (akule tu.. minah jakun) Maklumla jakun dapat jalan-jalan JB. hehe.. Tempat ni dikenali sebagai Steamboat Dataran atau Steamboat Van Luton. Apa yang istimewanya tempat ni adalah van luton tu sendiri. Semua van ada nombor dan tapak masing-masing. Diaorag buka setiap hari dari petang sampai tengah malam. Dan semua van ada jual Steamboat dan makanan lain. Harga standard saje, tak murah sangat, tak mahal sangat. Kate JB kaaannn.. heheehee... 

Pelbagai jenis makanan dijual terutamanya steamboat

Alif yang tertidurr..heehe

Pemandangan cantik

Suasana di Steamboat Dataran

Tandas Awam disediakan

Steamboat

Boleh pilih nak sup atau kuah kacang. Nak dua-dua pun boleh.

Makan-makan

Meriah. Ramai sangat orang. Hari cuti kan.

Jam Besar menunjukkan 11.55 tengah malam

Kesimpulan aku dari tempat ni, best. Meriah sangat-sangat. Macam baru pukul 9 malam je walaupun dah dekat 12 malam. Sangat-sangat tak sesuai kalau nak diskuss pasal bisness juta-juta di sini.. hehe.. Kalau nak jugak boleh pergi ke PappaRich. :p

Makanan ada banyak, tapi kalau tak biasa pergi tu kalau terkena yang tak sedap tu nak buat macam mana kan. Van yang kami pergi tu, sup die sedap, kuah kacang pun sedap. Makanan lain tak order pun. Tapi air dia kurang sikit. Tawar. So, pandai-pandailah pilih tempat. Biasa kita tengok kalau tempat tu ramai orang mesti sedap kan. Tapi kat sini semua ramai orang. Tak dapat beza pun.

Bawah ni link blog yangg cerita tentang steamboat dataran ni. Sebab gambar-gambar yang aku ambil mungkin tak berapa jelas.

1) http://fadzilahmamat.com/food-temptation/tempat-makan-best-di-johor-bahru-steamboat-dataran-bandaraya/

2) http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/04/steambot-dataran-jb.html

3) http://carlsamsudin.blogspot.com/2010/04/steamboat-di-dataran-jb.html








LAI CHI KANG, RESTORAN SEKSYEN 17 (2012)

:-)

Salam Jumaat...

Panas-panas ni, pekena lai chi kang sedap kan... Tapi ini gambar lamalah. Dekat dengan basten Sek. 17, Shah Alam. Tapi lai chi kang ni tak berapa best sebab tawar dan apa benda dalam tu, aku tak tau nama dia, keras. Macam tak cukup rendam ke apa.

Lai Chi Kang Kang
Wassalam...

12 September 2012

RESTORAN 77 ES TELLER JUARA INDONESIA (2012)

Mai lihat apa yang ada....

Lokasi : Tingkat Bawah, CentrePoint, Klang, Selangor.

Kali pertama mencuba makanan di sini sungguh sangat mengujakan kerana restoran ni tak famous seperti restoran indonesia yang lain. Aku taklah cuba semua menu, tapi menu yang dipilih memang sangat kena dengan selera aku. Dengan harga 'standard harga restoran', tetapi apa yang diberi sangat-sangat berbaloi.

Antara Menu

Menu lagi

77 Es Teller. Tak pernah dengar kan?

Teh o Ais

Nasi Jelimet. RM 8.90 
 Menu pilihan aku. Nasi Jelimet. Bunyi pun pelik kan. Nasi Jelimet ni ada nasi yang digaul dengan ikan bilis, ayam goreng, telur goreng, sayur lodeh, 2 jenis sambal dan melinjau. Memang kenyang tak terkata sebab lauknya banyak sangat. Dalam nasi pun ada lauk. Rasa pun sedap.

Lihat betul-betul.. Ada ikan bilis digaul dengan nasi.

Ambik gambar dulu sebelum makan

Suasana dalam restoran. 

Pekerja Indon Bangla tengah sediakan menu.

Makcik ni kot pengasas 77 Es Teller ni.  Amboi lightning lighting.

17 February 2012

KAILAN IKAN MASIN

Kailan Ikan Masin pertama sayeee...

hikhikhik...


Bai..  :-D

16 February 2012

Nasi dengan ayam

Sedapnyeee.......


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.RM 6.50

Damn!



08 February 2012

MEE REBUS HAJI WAHID, ANGSANA, JOHOR BHARU (2012)

Assalamualaikum...

Pernah makan mee rebus tak? Mesti pernah kan. Entry kali ni pendek aje, tentang Mee Rebus. Setiap kedai yang jual mee rebus mesti ada lainnya. Ahad lepas family pakcik aku pergi ke Angsana, Johor Bharu. Abang aku recommend Mee Rebus Hj Wahid kat Angsana tu. Lokasi kat luar, tempat makan yang ada banyak-banyak kedai. Aku takda ambil gambar depan kedai tu pulak. Tapi Mee Rebus Hj Wahid ni memang famous la kat situ.

Petang tu, aku pergi tengok ramai sangat beratur kat kedai tu. Aku pun dapat la rasa makan Mee Rebus ni. Bagi aku rasa dia memang sedap, kalu markah penuh 5, aku bagi 4 la gitu. Harga RM 4.50.

Dah makan suku dah ni

Cik Ju tengah makan
Itu saje... Bababai....

:-)

FLAMING STEAMBOAT BUFFET, SEKSYEN 33, SHAH ALAM (2012)

Assalamualaikum...

Cerita pasal buffet lagi.. hehe.. apa lagi steamboat jom.  Minggu lepas ofis buat makan-makan sempena farewell. Kecil-kecilan aje. Mula-mula bos ajak pergi makan restoran Thai, sedap jugak. Tapi sebab saja nak merasa tempat yang tak pernah pergi, aku cadangkan ke Flaming Steamboat, Seksyen 33, Shah Alam. Oleh kerana ianya buffet, so macam-macam makanan ada termasuk makanan yang bukan steamboat macam nasi goreng, ayam masak sweet sour, popia, dan dim sum.
Family Kak Gee

Nazri yang gumbira

Family Kak Sal

Makan2

Ambil aiskrim, mashmallow dan coklat..yummy!

:-)

limpahan coklat

Flaming Steamboat ni dia kira kepala. Sorang (dewasa) RM 26.90 dan sorang (kanak-kanak) RM 9.90. Kalau makan 10 orang, dapat free sorang. Bes kan kan kan. Kalau nak tahu menu dengan dengan lebih lanjut boleh la ke website Flaming Steamboat. Kesimpulan, memang puas hati. Tapi, sup dan sup tomyam dia tak boleh lawan Johny Steamboat. hihii.. Cawangan Falimg Steamboat pun ada banyak, bukan kat Shah Alam aje, tapi cawangan Shah Alam adalah yang terbesar.

Website Flaming Steamboat di sini.


07 February 2012

SECRET RECIPE SACC SHAH ALAM (2011)

Assalamualaikum...

Jom kita review tentang RESEPI RAHSIA pulak kali ni.. Tak perlu dikenalkan lagi, Secret Recipe aku rasa semua orang tahu. Ok, aku rasa mak dan abah aku tak tahu Secret Recipe ni.  Terkenal dengan kek yang sedap bangaaaatt. Tapi, kengkadang kan nak la jugak makan yang lain selain dari kek-kek tu kan. Saje nak try... adakah ianya sesedap keknya? atau sehebat harganya?? Untuk memuaskan hati jom kita try makanan lain kat RESEPI RAHSIA ni...  

Frilled Dory Fish.. Gambar cantik.. nama pun gempak..harga pun gempak.. Rasa OKla.. macam takda rasa pun ada jugak... mungkin memang macam tu... sesuai la untuk orang yang setakat nak makan-makan.. tapi sangat tak sesuai untuk orang yang kelaparan.

Grilled Dory Fish with Vegetables and Fries
Yang bawah ni pulak Grilled Chicken... Sedap..Seriously, memang sedap.. Nasi butter die sedap tapi tak banyak sangat. Ayam dan sos dia pun sedap jugak.

Grilled Mushroom Chicken
Popia goreng ni sangat sedap. Tak berminyak dan isi sayur kat dalam pun banyak.  Tapi kalau nak compare dengan tempat lain yang gerai-gerai pun sedap jugak. Kat sini harga lagi mahal. Kalau nak melantak popia banyak-banyak, beli tempat lainla.

Popia Goreng
Air semestinya kalau shake2 ni memang sangat sedap. Tapi tak hilang dahaga sangatla.

Oreo Milkshake dan Vanilla Milkshake

Website SECRET RECIPE di sini

Facebook Secret Recipe di sini

Food Menu di sini