WANNA TRY SOMETHING NEW??

12 November 2012

Chinese Muslim Food TESCO Shah Alam

Assalamualaikum...

Selamat malam Shah Alam..hey hey hey... apa khabar semua.. hey hey...(sila baca dengan nada DJ radio) ahakss... Bila nak tulis entry pasal food ni kan, memang hati berbunga-bunga..hihi..

Okeh, jalan-jalan cari makan kali ni sempoi saja, tak perlu ke restoran. Pergi ke Tesco sahaja. Makanan ni bertempat di Tesco Shah Alam. Tesco Shah Alam ada dua tau, satu yang dekat dengan Stadium dan satu lagi yang berdekatan dengan Carlton Holiday dan roundabout besar tu. Yang ini dekat Tesco berdekatan roundabout tu. Dua-dua Tesco ni terletak kat Seksyen 13, Shah Alam.

Aku dah 3 kali makan kat sini. Terletak di antara kedai makanan yang lain, tulis nama Chinese Muslim (No. 10). Kat sini yang special nya ada home made noodle. Harga, standard harga kat food court.

Kalau makan home made noodle kedai ni, rasa macam tak perasan dah nak habis. Sedap je gitu, payah nak cerita lah..hehe...

Antara Menu yang ada

Antara menu lain yang ada seperti Beef Noodle Soup Lanzhou Style, Home made noodle with egg, Fried mix noodle Qinhai Style, Home made noodle with chicken, Stir fried pan mee with meat dan lain-lain.
Menu lain aku tak pernah cuba lagi. Harga semua menu antara RM 5 - RM 6 je.

Home Made Noodle with Chicken (RM 5)
Home made noodle with chicken, lagi sedap dimakan masa tengah cuaca sejuk, musim hujan ni lagilah sedap. Fuhhh....

Noodle yang baru siap
Sup mee ni sedap tapi macam tawar-tawar je, tapi bergantung kat citarasa masing-masing. Dia ada sediakan sambal lada dan kicap cili bagi lagi tambah sedap. Pekerja yang sediakan makanan kat sini pun baik dan peramah, takda masalah punya..

Itu saja setakat ini. Bababai.....

C U in court!!  :p

No comments: