WANNA TRY SOMETHING NEW??

Showing posts with label OtHeRs. Show all posts
Showing posts with label OtHeRs. Show all posts

13 November 2012

Pelamin Simple & Cantik!


Asslaamualaikum...

Tajuk ni tiada kena mengena saya nak kawin ke apa okeyhhh..hihi.. cuma beberapa bulan yang lepas, aku ada pergi satu majlis perkahwinan anak kepada kawan abah yang diadakan di sebuah dewan hotel. 

Apa yang aku boleh katakan. Simple!! tapi cantik! Takda la bunga-bunga yang terlalu banyak dan menyesakkan lalulintas kat dalam dewan. Tapi aku pergi terlalu awal, so pengantin belum tiba lagi. 


Anyway, selamat pengantin baru kepada rakan-rakan yang baru dan akan berkahwin tak lama lagi. Rasanya takda yang bca pun.. Aaa..takpalah..

Ok...tatata.. :-)

13 September 2012

Bila jiwa perasan artist datang..

Kejadian berlaku beberapa bulan lepas.. Su tengah buat kerja Art & Design dia, kat hall rumah sewa kami.

Aku      : Watpe tu?
Su         : Keje. Sok kene hantar. Tido lambatla malam ni. 
Aku      : Pinjam buku ni. Wah besnye ada gambar-gambar.. (sambil ambil buku masterpiece art      
               tebal, yang Su beli guna kupon RM200 tu)
Su         : Silap belilah, sekali tengok takda apa pun.  Gambar je. Masa beli tu dia berbalut.
Aku      : Oklah tu gambar je, kalau semua tulisan macamlah awak baca.. (keh3x)

Tetiba datanglah semangat rajin aku. Jiwa seni datang tanpa diundang.. Cewah.. Tetiba rasa nak melukis la pulak kan.. Macam takde keje. Puas belek-belek banyak-banyak gambar , nak cari lukisan paling senang nak tiru.. hahah..  Lalu terhasillah satu lukisan ciplak dari buku tersebut.

Tada!

Lukisan original dalam buku
Bila bangun pagi, tengok Su dah tag gambar ni siap-siap kat facebook. Terharu gue dong.. Hasil kerja dihargai. 

Ehem2..  cantik tak...cantik tak...

Khairiah... jangan nak bangga sangat. Setakat lukisan macam ni sapa-sapa pun boleh tiru. *Banggala pasal budak art pun kata, fuyoo sebijik r..* Hahahh.. Dengan bangganya tampal kat pintu peti ais untuk terapi mata setiap hari. Wuhuu...

Nantikan lukisan saya yang akan datang.... *over lah plak kann*





12 September 2012

Sarung Kusyen Lama, Sarung Kusyen Baru

*Muncul secara tiba-tiba memang kebiasaan bagiku.. ekekekk..*

Panjang tajuk entry, sarung kusyen lama, sarung kusyen baru. Baru-baru mak aku beli sarung kesyen kerusi baru. Sebenarnya dah lama dia nak beli, tapi sarung kusyen bentuk yang lama ni dah tak banyak jual. Kalau ada pun, semua tak cantik. Warna gelap sangatla, warna nampak buruklah, warna sama macam yang dulu lah, corak ntah ape-ape lah. Bak orang kata, alang-alang membeli kan nak carilah yang cantik sikit. Ayat famous aku kat mak aku 'Mak ni asyik pilih warna kuning coklat je (warna kegemaran mak aku), belilah warna lain pulak'. Protes aku. Sebab semua yang mak aku beli mesti warna-warna coklat kuning-kuning. Jawapan standard mak aku 'Dah warna ni yang berkenan'. Banyak songeh lak kan macamle aku yang bayar.. Hihikk..

Maka satu hari yang indah, masa balik dari JB, singgahla kat kedai perabot kejap, nak cari sarung kusyen la apa lagi. Maka dapatlah sarung kusyen yang diidam-idamkan. Walaupun bukan warna bukan pilihan, bolehla dah penat cari merata kedai. Lagipun dapat harga lebih murah sebab dah lepas raya kan. Ini pun aku tak ikut masuk kedai, kalau tak ayat-ayat di atas akan berulang lagi.. hihiihih..

Jadi, berlakulah satu transformasi sarung kusyen di rumahku selepas raya. Biasa orang tukar sebelum raya kan. Haha.. mana-manalah asalkan dapat. Tara!!


Ini sebelum ye kawan2
Tara!! Selepas tukar baru.

Kalau buat macam ok tak. Erk!! Kreatif sangat haku.. 

Ini bagus tak payah pikir pasal sarung baru tapi lama-lama bosan kaan.

Kerusi kayu tu dah lebih 30 tahun dah pun. Sebab masa abang aku kecik-kecik dulu belajar berjalan dia pegang kat kerusi ni la tahan dari jatuh. Nostalgia sangat kheenn...

29 January 2012

SOUVENIR

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak story2 pasal souvenir. Macamlah banyak info sangat kheennn..

Souvenir atau cenderahati selalu kita beli masa kita pergi ke tampat-tempat menarik. Tak menarik pun beli je lah wei..  Tak semestinya kita pergi ke tempat tu baru ada souvenir. Boleh jugak kalau kawan-kawan atau saudara-mara yang bagi, souvenir dari mana-mana tempat yang diaorang pergi. Biasanya, kita mesti cari souvenir yang kecik, senang nak bawa dan ada tulis nama tempat yang kita pergi tu. Contohnya keychain, kan senang nak bawak tu. Keychain tu pulak ada tulis, Langkawi contohnye. Tak kisahlah dia tulis pakai liquid paper ke, pen ke atau cop je janji bertulis. Kadang-kadang aku terfkir jugak, 'alah ni aku tulis sendiri pun boleh, pakai je water color, keringkan'. Betul x? Tapi tak kiralah macam mana pun, setiap tulisan tu akan mengingatkan kita ke satu-satu tempat yang kita pernah lawati atau dari pemberian rakan-rakan. Selain dari bertulis, boleh jugak macam gambar-gambar yang mencerminkan tempat tersebut. Contoh kalau keychain gambar Helang, mestila dari Langkawi kan. Tak payah nak tulis Langkawi pun dah boleh tahu.

Aku ada beberapa souvenir beli sendiri dan orang bagi. Kalau tengok ni semua, at least kita akan ingat memori daun pisang masa kat sana ke. Kot-kot esok dah tua-tua ke dah lupa ke.. hehe.. Mana tahu ti dah tua, tengok keychain ni baru lah teringat, 'ehh.. haah la aku dulu pernah g Langkawi.. bujang lagi masa tu pegi dgn sapa ek?'. (ok,ni mmg serius dah nyanyuk, padahal ada gambar beratus-ratus, takkan la lupa). Kate contoh kan.. heehehekk.. tp tak mustahil kan?

Contohnya bila aku korek-korek balik keychain2 lama, jumpalah benda-benda ni semua.. Lalu aku pun berkata.....

"Ni keychain Bandung masa Ros bagi dulu. Dia pergi dengan kawan die berdua je. Yang fridge magnet masjid tu Kak Fini punya aku rembat nak amek gambar.'

Keychain dan fridge magnet dari Bandung, Indonesia
'Dari Cameron..Opismate bagi'

Keychain dari Cameron Highlands

'Dari Kak Yan.. Masa dia pergi shooting dulu'

Keychain dari Cherating, Kuantan, Pahang

'Bukit Tinggi, aku beli sendiri. Lawatan singkat saje...'

Keychain dan fridge magnet dari Colmar Tropicale,Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

'Dari Jo, dia beli masa travel ke Spain. Souvenir aku yang suruh beli, kalau tak ntah le..haha'

T-Shirt, dompet dan fridge magnet dari Spain

'Kak Zie, akak opis dulu bagi masa pergi Disneyland, Hong Kong. Family trip katenye.... Ini pun aku dapat pasal aku pergi bergosip kat meja dia masa tu'.

Pen dari Hong Kong


'Aku beli sendiri la... 2 kali g Langkawi. 1st time pergi, al-maklumlah al-JAKUN al-nak mampus.. Semua benda nak beli.. memang di luar kawalan. 2nd time pergi baru semua under control..'

Keychain, T-Shirt, fridge magnet, penanda buku dan gelang dari Pulau Langkawi, Kedah

'Jo bagi masa pergi travel ke Lisbon'

Keychain dari Lisbon, Portugal

'Jo bagi, macam biasa, aku yang suruh beli. kui3x...tq2'

Matrushka dan kaychain dari Moscow, Rusia

'Beli masa kat Mekah. Ada beli kat Mekah Mall, kat masjid masa miqad (sempat lagi tuh), ada dpt free sebab beli barang banyak sangat..hehe'

Gelang, cincin, beg, minyak wangi, inai dan celak dari Mekah

'Dari Melaka, tak ingat bila beli. Tapi benda ni dah ada dari sekolah rendah lagi'

Kotak kayu dari Melaka

'Keychain Kuching makcu bagi, dompet tu masa mak pergi lawatan opis ke Sarawak. Tak bawak aku. hihi'

Keychain dan dompet dari Sarawak

'Ni cabutan bertuah ni dalam feri.. tak pernah-pernah bertuah..tetiba lah pulak'.

T-Shirt dari Tanjung Balai, Indonesia. Ni sebenarnya dapat cabutan bertuah masa naik feri. Kat sana beli tudung je, xde pun keychain2.

'Dari Yashar, classmate dulu. Baik betul die, bagi. Kami kat sini tak pernah bagi die apa-apa pun'.

Tempat letak pen dan keychain dari Tehran, Yaman

'Ini pun aku lupa la sapa bagi..hihihi..Su kot? Fridge magnet macam biasa, pinjam kejap je yang ada kat peti sejuk.hehe'

Fridge magnet dan keychain dari Terengganu

Bila diingatkan balik, banyak lagi souvenir yang orang bagi. Tapi yela, dulu-dulu tak pernah simpan elok-elok. Bila sekarang ni, cari balik dah tak ade. Dahla aku ada pindah rumah, lagilah dah tak ada benda-benda tu semua. Apa-apa pun, bersyukur sebab masih dikurniakan badan yang sihat dan rezeki untuk pergi tengok tempat orang lagi. Moga-moga bertambahlah lagi koleksi souvenir ni semua.. Amin...

**Special thanks to Kak Fini sebab tolong ambilkan gambar-gambar ni semua. 








24 January 2012

Entry selepas bertahun


Seperti yang sedia maklum, dah lama aku tak update blog ni. Bertahun jugak la. Last entry pada Nov 2010. Sebenarnye macam2 benda boleh cerita, tapi aku tunggu alat yang dicipta untuk baca fikiran kita, dan automatic die tertulis sendiri kt blog *hape punye pemalas T_T*

Sebelum aku memulakan kerja di tempat baru nanti, yang dijangkan akan lagi tak sempat nak wat entry, lebih baik aku buat mana yang sempat dulu. (Feeling-feeling kerja selalu kena outstation oversea).



                        Takdenye sampai macam ni.. Keje office hour aje la…rempit saja suda..  kakakaka.







.

09 November 2010

YA

macam tak percaye lak aku tulis blog ni dulu..

mengingatkan mana belajar dl.. indahnya!!

mungkin jauh dari yan sampai aku da lupa aku ada blog??

15 September 2009

update

ti la update... tgh busy buat kuih raye.

22 February 2009

~~ SaBtU Yg BuSy ~~

Dr malam Sabtu tu, ak dh tido awal.. utk ape? utk g repair moto. Yeah!!Motor ak dah pancit lebih seminggu.. kesian lak.. Pagi2 lg dlm kol 6.30 kot. Yan dah ketuk pintu bilik ak. Tok3x..sib bek sedar.. ak pun siap2 la nk g heret motor nih. Turun je kt bwh, hmmm...ni malas nih. Bdk2 palapes ni ada je kt bwh pg2 buta.Ak segan nk menyetat moto ak dpn org sebab dah lama tak stat msti payah ckit..

Selepas berdiskusi dgn Yn, kami bersetuju nk heret motor kt depan teratai 2dan stat kt ctu.. tkla jauh sgt n plg pntg taklah segan sgt ti... Dgn izin Tuhan, kami boleh stat moto msg2.. jd tk pyhla heret moto nih. Sekse la kalo kene heret dr teratai samapi sek 7. Aku pun bwk la slow2 sebab tyr moto ak pancit. Menari-nari tyr blkg ak..rasa mcm dah naik kerusi urut dah..huhuhuu..Takpe2 bersusah-susah dahulu..bersenang2 kemudian...
Sampai kt sek 7 dlm pkl 7am.. kedai motor mmg la tak bukak lg.. Jd ak dgn Yan pergila joging dulu kt Tasik sek 7 tu.. dgn Dat sekali sebab dah janji..First time ak bwk moto Yan kt lua sebab die tk berani u-turn.. hehehe..ape da..lain macam je rasa pasal moto Yan skuter. kaki rilek je.. brekpun kt tgn..tp takde hal...ak dah biase dulu merempit dgn akma(jiran ak) naik skuter die kt rumah dulu.. tp ak bwk punyela sopan santun... hehe..sebijik mcm org br blaja bwk moto.. biar lambat asalkan selamat...kan2??

Sampai kt sana dptla kami berjoging.. dah lama ak tak joging nih. Aritu ada 2 kali je, tp kt Sek 2. Lg happening.. Joging pye joging dptla ak bertahan stgh bulatan tasik tu.. pastu sik jalan je la.. joging ckit2 je..Abes je satu bulatan tu, terus tk joging dah..pasal penat smlm tak hilang lg. G sunway berjalan sambil memakai tumit tinggi.Adus!! Impak die mmg mementkan.Yg pntg bergaya...hihihihiiii...



Abes je joging, ktorg g la mkn..yummy2..kt burger bundle.. Yan dgn Dat mintk roti canai je 1.Ak lak bantai mintk mee goreng mamak!! hehehe..lapa sih..semalam g jalan makan burger jek! mmg tak boleh bg perut2 melayu mcm ak ni.Mesti nk nasik.. makan2.. Dat pun blik la.. Aku n Yan g kedai moto.. Masa tu dlm 8.35 abg2 bengkl tu tgh setup2 bukak kedai.. tunggu jap, ckpla kt mntk repair moto ak.. Yan tukar betri moto...
Pas balik je ktorg lepak je..ingt nk g tgk org main bola tampar tp tk jadi..Ape lg ak pun nk la gk recharge tenaga ak.. Baru je tdo tak samapai stgh jam,zul call.Ajak g TECSO. Hilang penat ak.. baring2 jap terus siap2.. smgt tuh..Dia nk beli barang2 nk buat sphageti..dia ni mmg terer wat spahageti. Sedap..Dia sibuk memebeli, ak pun sibuk gk la membeli.. megi la, sup cambell la,sushi la..hehe.. byk jgk brg dia beli..ak mmg tk sabar nk mkn sphagetti die. Cewaahhh... Balik je dr TESCO, ak pun sambung le kerja ak yg tergendala td..ZzZzZZzzzZzzz...... Aku tau bgn2 je, ak nk sphageti. Mlm tu Zul pun bg la sphagetti die yg dimasak menggunak rice cooker. tak tau lacamna die masak tp mmg sedap..ak makan dgn Yan sekali..yum yum... mntk2la nanti die wat lg..hehhee..

Itulah satu ak yg sgt busy..heheheee....








16 February 2009

~~MaLaS~~

Ni ak malas nak edit blog nih.
belum abeh tulih lagi cekkeya dah cerita dulu.
aaah malas2.... ni pun sbb tgh tunggu siap validate ns2 30 minit..

04 February 2009

lama sgt dh

lama sgt dah tak tulis blog
sampai dah malu nk tulis
bai bai bai

13 September 2008

MaKan

semalam kluar dgn Atin. G PKNS, PAS, n SACC je la.. Wah kmain meriah lagi. Baju raya, tudung raya, brooch, songkok, kuih raya, kad raya n macam2 lg la yg berkaitan dgn raya byk ada jual.. Aku tgk2 je tak beli la... Rancangannya nk wat kua duit je konon nye. Tp meratap tak ingt dunia pasal saja tunggu pukul 4 lebih nk beli makanan kt bazar ramadhan kt PKNS tu. kt ctu dapatla ak beli kerabu mangga.. atin lak beli pecal n kuih.. kuih ape tah th ingt nama. pastu ktorg g bazar ramadhn kt sek 2 lak sbb atin nk beli ikan bakar. kt ctu ak beli ikan pati masak tempoyak n nasi. tu je la lauk pauk kami. balik aku offerkan diri nk lepak2 bilik die sampai pas berbuka.. Yg bes nye atin bagi brooch kt aku.. cantik.tambah lg l koleksi brooch rama2 aku.

14 August 2008

~~My HoSteL ViEw~~

Malas......................................................???? Apa ubatnyaaa.......?? Sempena jom havoc Teratai.

JOM HAVOC Kolej Teratai yang meriah...

Kolejku Sem lepas yang sedang direpair. Repair?? Renovate.........

KOLEJ TERATAI 1.. tempatku berteduh tak lama dahulu...

Pemandangan dari bilikku. merangkap tingkat 6 Teratai 2. Tp skang ni dah kene tarah suma pasal nk buat bangunan 3 tingkat.


Pemandangan fakulti dr bilikku....


Pokok ni pon dah tak de skrg.......wuwuwu


????


Buku-buku pelajaranku....pelbagai saiz dan perisa..


Meja ku utk study+search tenet+bergosip+make-up+etc........


Laluan kebakaran ketika kecemasan...


Aras 6 lokasi bilikku....












03 August 2008

Weekend (Ahad)

Aku n Ema g SACC borong 5 handphone baru.... Nokia, LG and CLS. Kaya gilos!! Macam beli baju..!

02 August 2008

Pagi yang gelap...

Aa...malang betul pagi2 ni..
bgn la awal konon nak betulkan printr ku yang dah 3 suku tu..
G toilet.. eh, aku tak sidai baju lagi yg basuh semalam la..
aku pun basuh muka sidai dulu.. aku tak sidai semalam sebab takut mlm baju dak2 kt bawah dah kering kang kene lak basah (hanya warga teratai je tau cmne situasinya). Hormat la kunun2nye..ceh.. Tadi aku sidai cari port baik punya. Aku aku berlubang2 sidai tak orang bwah kene.. Maklumla.. komando.Kang kene sembelih lak aku.
Pas sidai aku gi mandi.. lalalalaa... Balik je mandi.

"Yah, ada orang datang ketuk pintu cakap baju die kene air menitis kat bawah", kata Ema.
Aku menjawab tanpa rasa bersalah, "Aik, aku dah cari port baik punye kasi tak kene baju diorang kt bawah".

Aku dah bengang gak la kt dk bawah ni... Tp maybe salah aku jugak. Aahh.. tak kire. Tapi aku punyela tunggu pagi2 nak sidai. Bagi aku, sidai kain pagi2tu stended la suma orang sidai kain pagi2. Kire takleh la marah yang atas yng aku akui sgt berkuasa bab sidai2 baju ni. Tapi bengang2 aku pun aku angkat la semua baju2 aku letak dlm baldi. Kang kol 2 pagi aku sidai kalo ada orang ketuk pintu jugak tak tau la. Kalo aku tau aku sidai malam semalam je. Ye r aku ni numpang je kt cni.. (walaupun dapat green light dr Puan Z...)

Sib bek la die cakap baik2.. kalo die mengamuk mcm yg sem lepas..Huh! tak tau la. (baju diaorang mahal sgt kot..)

Sekian!!

13 July 2008

geram

tadi sebenaye dah cerita byk
tapi tbe2 internet down dah hilang suma
malas dah :(

10 July 2008

BALIK U

7 July aritu aku dah balik UiTM SA nek bas kol 9.30 am. Tiket RM20 je nek bas SANI Ekspress dapat lak single seat yg ak request sendiri kt kaunter tiket tu tanpa segan silu. Tapi... fuh!! lambat giler. Bas gerak punyelah slow nak2 mase naik bukit.. ak rasa r kalo org lari lagi laju.. Berenti makan je sampai stgh jam. Aku yang dah makan siap2 sebelum naik bas lagi dah malas nak turun makan. Ak pun boring2 turunlah beli air kotak soya... n paper metro.. saje wat syarat.. Lagi lambat sampai lagi, mase tgh ari tu bas kt KL. Punyela jem... Byk pulak tempat bas tu berenti.. Sabajela... Dalam kol 2ptg baru sampai SA...... sekian..