WANNA TRY SOMETHING NEW??

Showing posts with label My JouRnEy. Show all posts
Showing posts with label My JouRnEy. Show all posts

08 November 2012

JOHOR PREMIUM OUTLET STORE (JPO) (2012)

Assalamualaikum!!

Korang peminat barangan berjenama? Bolehla datang shopping mopping kat Johor Premium Outlet (JPO), yang terletak di Kulaijaya, Johor.. Harga barang-barang kat sini murah dari beli kat tempat lain kat Malaysia ni, orang katala.. Aku tak biasa beli barang branded ni..hihiii.. Yang pasti Singaporean memang ramai sangat shopping kat sini. Murah dari kat tempat diaorang la agaknya.. Tak bley cakap banyak tak pernah pergi Singapore pun saya ni...siyesss!! 

Oklah, JPO ni konsep dia macam mall ala-ala dalam taman gitu, tapi semua kedai/butik asing-asing. Setiap kedai ada pintu masing-masing. Pelbagai jenama ada kat sini seperti list kat bawah ni;


Adidas, Armani, Burberry, Canali, CK Calvin Klien, Cotton On, DKNY, Esprit, Flow, G2000, Gap, Guess, Lacoste, La Senza, Levi's, Michael Kors, Nike, Padini, Polo Ralph Lauren, Poney, Puma, Quick Silver, Raoul, Rip Curl, Roxy, Salvatore Ferragamo, Shanghai Tang, Timberland, Tommy Hilfiger, Universal Traveller, Versace, Charles and Keith, Clarks, Geox, Pedro, Skechers, Vincci, City Chain, Evita Peroni, Swiss, Tomei, Wear and When, Bonia, Braun Buffel, Carlo Rino, Coach, Foroton, Fossil,  Samsonite, Body Shop, Royal Selangor  

Website rasmi JPO click sini.

Selain dari tempat shopping, pelbagai kemudahan lain ada jugak kat sini. Ada tempat makan, tandas, tempat rehat dan taman permainan kanak-kanak. So, kalau isteri shopping lama sangat ada tempat la nak minta suami jaga anak..kikikikk...


























Ala tomei-tomei













Alamat JPO di :

Johor Premium Outlet

Jalan Premium Outlets
Indahpura
81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim

Kalau nak tahu bagaimana nak pergi ke JPO, boleh tengok kat link ini. Kat sini complete macam mana nak pergi ke JPO dari KL, Singapore, by bus dan lain-lain. 

:-)  HAPPY SHOPPING U OLLZZ!! OPSS.... :p

05 November 2012

Experiences and Tips! UMRAH 3 (barang keperluan)

Assalamualaikum.. 

Entry ni khas tentang barang-barang yang perlu dibawa sahaja. Ni adalah untuk mengelakkan kita terbawa barang-barang yang tak perlu atau terlupa bawa barang yang perlu... Terutamanya untuk kaun Hawa yang suka sangat nak bawak satu almari kalau pergi mana-mana..hihii... 


1.  1.  Beg. Semua beg mestilah tulis nama penuh besar-besar, alamat rumah, travel agency apa, dan no telefon. Ini penting bila kita nak cari beg berlonggok-longgok masa turun flight. Letak jugak penanda macam reben kat semua bag 1 family kita, so dari jauh dah nampak.

a.  Beg luggage 1. Bawa 1 beg besar untuk isi semua baju dan barang-barang. Pastikan bag tak  terlalu penuh masa pergi sebab masa balik barang akan bertambah. Beg ni bawak masuk cargo flight.
b.  Beg bimbit 1. Biasa dapat dari travel agency, ala-ala beg balik kampung tu. Segala keperluan dalam perjalanan isi dalam beg ni. Contohnya baju sehelai untuk tukar, pakaian dalam, ubat gigi, ubat-ubatan, pencuci muka, buku-buku panduan, jajan-jajan ke, telekung dan sebagainya. Beg ni bawak masuk dalam flight.
c.  Beg selempang. Bag yang selempang travel agency bagi sentiasa pakai dari pergi sampai balik. Dalam tu letakla benda-benda penting seperti duit, ubat-ubat, buku panduan kecik dan dokumen-dokumen.

2.  2. Jubah/baju kurung. Jubah lagi baik nak pakai pun senang. 4-5 helai dah cukup. Kalau baju kurung, bawak baju je pun takpe, boleh pakai dengan seluar ala-ala jubah seluar. Tak perlu bawa banyak kat sana ada dobi atau basuh sendiri je.

3.  3. Seluar panjang. 2 helai cukup. Boleh ganti dengan kain baju kurung atau pakai dengan jubah.

4.  4. Toiletries seperti ubat gigi, berus gigi, pencuci muka, sabun, shapoo, tisu dan sebagainya. Ada jual kat farmasi sana kalau tak bawa. Bawa yang kecik aje. Jangan lupa bag yang boleh bawak masuk flight setiap botol liquid jangan lebih 100ml. Kalu lebih, masuk dalam cargo.

5.  5. Tuala mandi. Biasa hotel di Madinah ada sebab hotel die ala-ala 5 bintang sikit, so towel memang ada. Tapi di Mekah bergantung tempat yang Travel agency tu bawa. 

6.  6. Setokin. Pastikan bawa dan pakai setokin, bukan sarung kaki yang nipis tu. Sebab nanti ketika saie bila pijak tiles licin dan sejuk. Bawak banyak takpe sebab memang guna, 5-6 pasang ke.

7.  7. Hand socks. Kalau singgah mana-mana tak pakai telekung, boleh pakai ni je masa nak sembahyang, so bile terselak lengan baju tak nampak tangan.

8.  8. Buku-buku panduan. Pastikan ada satu yang kecik, yang boleh sangkut kat leher. Senang untuk panduan semasa sedang mengerjakan umrah.

9.  9. Gunting kecil. Untuk potong rambut lepas saie.

10. Ubat-ubatan. Ubat-ubat sangat penting kalau kita tak sihat kat sana. Bawaklah panadol dan minyak angin. Ubat-ubat ada jual kat farmasi jugak kat sana, so don’t worry.

1   11. Tudung. 2-3 helai dah cukup, mungkin nak guna masa nak turun makan atau pergi beli barang ke. Masa lawatan pun boleh. Tapi takda msalah kalau taknak pakai sebab nanti telekung memang dah jadi pakaian sepanjang masa kat sana.

1   12. Selipar. Senang nak pergi masjid atau mana-nama. Orang ramai masa keluar dan masuk masjid, cepat sikit kalau pakai selipar je. Kat sana pun ada jual kalau taknak bawa dari rumah.

1   13. Plastik. Untuk simpan selipar masa masuk masjid.

1   14. Baju untuk tidur. Tak perlu bawa banyak, basuh kat sana je, cepat kering.

1   15. Telekung 2 helai. Kat sana pakai telekung lama dari pakai tudung, so mesti kena tukar-tukar.

1   16. Baju sejuk. Sangat penting ketika naik bas dan flight sebab ada air-cond dan perjalanan lak lama.

1   17. Duit dan handphone mestilah kena bawa.. Kalau ada camera silalah bawak jugak.

 Itu sajalah buat masa ini.. Maaf kalau-kalau ada yang tertinggal. 

   Assalamualaikum...

Experiences and Tips! UMRAH 2 (semasa)

Assalamualaikum..!

Kesinambungan dari entry Experiences and Tips! UMRAH 1 (sebelum), kat bawah ni ada beberapa Tips dan Pengalaman semasa bermulanya perjalanan dan setelah sampai di Tanah Suci.. Moga-moga dapat memberi sedikit input;  :-)  insyaAllah... 


1.  1. Bantu-membantu. Kalau korang pergi masa muda, tapi ramai warga emas ada dalam rombongan, bantulah jika mereka memerlukan pertolongan. Jangan pentingkan diri sendiri. Perkara macam ni biasa jadi terutama nya kat airport, tak semua orang tahu prosedur kat sana macam kena scan bag dan lain-lain. So, sama-sama pergi, kita kira macam satu keluarga masa tu.

2.  2. Banyak-banyak bersabar. Perkara biasa berlaku flight sempit, beratur panjang, bersempit-sempit, berebut-rebut, melayan macam-macam kerenah orang dan lain-lain.

3.  3. Gunakan masa sebaik-baiknya ketika berada di Tanah Suci. Berdoa banyak-banyak, solat di masjid, baca al-quran , berzikir dan sebagainya. Dapatkan masa yang betul-betul berkualiti di sana agar bila balik nanti tak rasa terkilan tak buat itu ini dan sebagainya. Itu berlaku kepada saya.huhuhu

4.  4. MADINAH – Tempat sembahyang perempuan dibahagi kepada 2 bahagian. Bahagian depan untuk orang yang tiada anak kecil. Bahagian belakang untuk sapa-sapa yang ada bawak anak kecik.

5.  5. Datang awal ke masjid. Datang masjid paling lewat sejam sebelum masuk waktu. Kalau datang lambat takot dalam masjid semua penuh, so sembahyang kat bahagian luar masjid. Boleh je, tapi awalkan lagi bagus gitu.

6.  6. MEKAHJangan tunjuk anda bawak alat yang tajam. Pintu masjidilharam biasanya ada orang jaga, dia akan check bag. Jadi bagi yang bawa gunting untuk potong rambut masa umrah, pastikan bawa gunting kecik yang isi dalam bekas berzip, atau gunting yang berlipat pastu simpan dalam-dalam bag. Kalau dia nampak trang tang tang bawak gunting takot dia tak bagi bawak masuk.

7.   7. MEKAHAir buah lepas balik sembahyang terbaikkkkk.. Silalah beli..hehehhh

8.  8. Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah, biasanya bas akan berenti kat satu tempat yang ada satu kedai makan ngan surau. Kira macam R&R la.. Kat situ briyani arab dia sangat best. 15 riyal. Sila makan. Part-part makan saya memang le sukeee…

9.  9. Kat sana kalau pergi kedai semua pandai cakap melayu. So, toksah risau.. Ramai jugak orang bangla yang dah pernah kerja Malaysia pastu pergi kerja kat sana pulak.

10. Hati-hati dengan pencopet. Kita memang kena bersangka baik selalu, tapi tetap kena hati-hati. Bag silang yang travel agency bagi tu kan, silangkan kat badan. Pegang kuat-kuat kalau ada orang yang tak kenal rapat-rapat. Jangan sampai ada yang kena rentap. Aku tak mahu bersangka buruk, tapi kes ini jadi kat jemaah sama rombongan aku. Kesian pakcik tu, nasib baik dia ada simpan duit sikit kat hotel. Sebab-sebab macam nilah pihak agency sendiri yang akan simpan passport kita. Kalau tak…haru2…

1   11. Jaga aurat. Pastikan menutup aurat degan betul agar apa yang kita buat betul-betul berkualiti. Kat sana macam-macam stail ada, sebab mazhab lain-lain.

1   12. Jaga kata-kata.

1   13. Bangun awal. Cek masa solat kat sana pukul berapa, tak sama dengan kita kat Malaysia. Bersiap satu jam lebih sebelum masuk waktu.

14. Jaga barang sendiri elok-elok. Sentiasa bawa sling bag yang travel agency bagi tu. Jangan tinggal merata-rata, pegang baik-baik.  Simpan barang berharga baik-baik.

15. Lepas beli barang macam sejadah ke apa-apa ke, kira duit balance betul-betul. Kadang-kadang diaorang ni kata ‘halal ,halal’. Kita pun ‘halal,halal’ gak, tapi tak perasan balance yang dibagi tak cukup. Kalau memang nak bagi takpa, takda masalah.. hihi

1   16. MEKAHCari laluan yang selamat dan sesuai semasa tawaf. Semasa tawaf, tak perlu dekat-dekat sangat dengan Kaabah pun takpela. Orang ramai sangat, lagipun bila jauh sikit sempatla nak doa banyak-banyak kan. Elakkan dekat-dekat dengan orang arab yang berkumpulan sebab diaorang akan rempuh je sapa-sapa depan laluan mereka. Hati-hati juga dengan orang yang berkerusi roda, kadang-kadang terkena kaki sakit ooo. Apa-apa pun kita tak tahu apa akan terjadi, sentiasalah berdoa supaya semuanya ok.

1   17. MEKAHAir zam-zam unlimited dalam masjid. Ambil wuduk pun pakai air zam-zam. Memang best sangat, sejuk je. Bawakla botol air kalau nak bawak balik bilik. Kalau nak minum kat situ, dia ada sediakan cawan pakai buang.

1   18. Kebersihan terbaik. Kebersihan di Masjid Nabawi dan Masjidilharam memang terbaik, nak bagitau itu je.

19. Bawa plastic untuk letak selipar. Kalau tinggal kat luar nanti balik payah lak nak cari. So, senang. Boleh tengok kat entry ni untuk barang-barang yang perlu dibawa.


20. Wakaf. Bolehlah beli al-quran dan wakafkan kat dalam masjid. InsyaAllah pelaburan kita tu.. Amin… Belilah lebih sebagai wakaf, wakil untuk orang yang telah tiada.

21. MADINAH -Jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Raudhah. Lepas isyak memang sesuai sikit, orang memang sangat-sangat ramai. Banyak-banyakkan bersabar. Solat sebanyak mana yang sempat, berdoalah masa sujud sebab diaorang tak bagi duduk lama-lama kat situ. InsyaAllah kalau masa solat, diaorang tak akan suruh keluar. Kawasan Raudhah ni karpet dia warna hijau. 

 Sorry entry ni berterabur sikit. Ini jelah yang aku dapat kongsi.. Mungkin banyak lagi kekurangan yang boleh ditambah.. janganlah segan-segan bagitau ok..   :-)
       

Experiences and Tips! UMRAH 1 (sebelum)


Assalamualaikum! 

Alhamdulillah.. dah setahun lebih berlalu kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Segala kenangan manis menunaikan umrah bersama ibu bapa adalah sesuatu yang sangat-sangat berharga. Aku dah lama nak tulis beberapa pengalaman dan tips untuk dikongsi bersama, sedikit sebanyak boleh la dijadikan panduan untuk rakan-rakan yang memerlukan. Ni sikit summary perjalanan;

Hari 1            – 8am dari Johor ke KLIA. 11am flight MAS ke Dubai, perjalanan 6 jam. Dari     
                       Dubai sambung flight Nasr Air ke Jeddah (tak ingat berapa jam, dalam 4    
                       jam kot)
Hari 2            – Sebelum subuh dah sampai Jeddah. Sambung naik bas ke Madinah dalam 4   
                       jam. Tiba di Madinah.
Hari 5            - Bertolak ke Mekah. Madinah – Mekah, 4 jam. 
Hari 6-7         – Ziarah dan umrah, melawat tempat-tempat sejarah Nabi.
Hari 8-11       - Ziarah dan umrah
Hari 12          – Naik bas ke Jeddah terus. Flight Nasr Air ke Dubai, transit 2 hari di Dubai.
Hari 14          – Flight MAS dari Dubai ke KLIA (6 jam). Sampai pagi. Naik bas balik ke   
                      Johor, petang sampai.

Aku mulakan dari sebelum mula perjalanan ;

1. 1. Untuk yang baru merancang, pilihla Travel Agency yang boleh dipercayai. Bukan je yang boleh dipercayai dari segi tiada penipuan tapi dari segi segala pengurusan dari pergi hingga balik. Tapi yelah,kadang-kadang kita bukannya tahu kan kalau baru pertama kali berurusan dengan travel agency tu. Ada travel agency yang pergi secara transit, ada juga yang pergi secara terus. Maksudnya kalau transit contohnya naik MAS dari KLIA ke Jeddah, akan transit di Dubai. Ada juga transit kat Cairo, Indonesia dan lain-lain ikut kepada flight yang kita naik tu. Kalau direct lak maknanya, dari KLIA terus ke Jeddah tanpa transit.  

2.  2. Aku tak tahu semua ustaz ada tak buat kelas untuk bakal-bakal jemaah umrah. Masa time aku dulu, ustaz yang bawa tu yang buat kelas kat rumah dia. Bayaran tak dikenakan, tapi boleh derma untuk buat duit makan-makan. Bagus jugakla sebab dia buat demo umrah, cerita pengalaman, apa yang boleh dan tak boleh. Biasanya 2 bulan sebelum tarikh pergi dia dah start kelas. Aku pergi 2 kali je dari 8 kali tu, sungguh tinggi ilmu aku. Hasilnye owh segan nak cerita.. hehehh…

3.  3. Harga-harga pakej umrah pulak biasanya berlainan ikut musim dan pakej. Biasanya musim cuti sekolah dan buan Rejab lebih mahal dari biasa. Paling mahal umrah bulan puasa. Anggaran dalam RM 5000 – RM 7000 untuk pakej biasa, 12 - 14 hari.

4.  4. Sebelum pergi persiapkan diri dulu dengan ilmu-ilmu berkaitan seperti solat ketika musafir, solat jenazah, bacaan-bacaan ketika umrah, niat, rukun-rukun dan sebagainya. Solat jenazah dilakukan hampir setiap waktu di Mekah dan Madinah.

5. 5. Jaga kesihatan. Kesihatan sangat penting apabila berada di sana, terutamanya bila badan kita mengalami perubahan cuaca. Lagipun turun naik flight dan bas semua berjam-jam memang agak memenatkan.

6.  6. Malam sebelum bertolak tu mestilah kita sibuk-sibuk kemas beg kan kan. Tips nya adalah bawa keperluan yang betul-betul perlu sahaja. Jangan bawa baju sampai penuh bag besar macam nak pindah sana terus. No no no… Nanti nak bawa berat, masa balik nanti lagi berat. Lagipun kat sana boleh basuh sendiri, sidai sendiri. Baju cepat kering kat bila sidai dalam air-cond. Di sana kita susah nak berpeluh sebab cuaca yang panas – kering (ikut musim pergi, ada yang pergi musim sejuk). Malas basuh? Dobi ada, hantarjela. Telekung bawakla lebih dari 1 sebab kt sana kita nak beribadah kan.. So pergi mana-mana pun pakai telekung je. Jangan lupa jugak ubat-ubatan, seliper (malas bawak, beli kat sana je), baju sejuk, dan keperluan lain. Aku lupa bawak baju sejuk, masa naik Nasr Air (macam Air Asia)  pehhh!! sejuk betol!, dahla berjam-jam.. makan tarak, kena beli.  *padan muka lupa lagi*. Aku sediakan full tips apa perlu bawa kat entry lain di sini.

7.  7. Bawa duit yang mencukupi untuk berbelanja dan emergency case. Kita tak tahu apa akan jadi ketika kita balik nanti kan. Pengalaman aku, kami langsung tak sangka kami akan transit selama 2 malam di Dubai. So, segala perbelanjaan makan minum ditanggung sendiri. Ada makan pagi jela hotel bagi. Makanan kat sana pulak punyalah mahal. Satu meal je paling murah pun RM 20 sorang.  Ada satu family tu siap ambik teksi pergi tengok Burj Khalifa kat Abu Dhabi, aku jeles!!!! Memandangkan aku ni sangat kampong, masa tu sebenarnya aku tak tahu pun Burl Khalifa tu ape bende..heheheee…

8.  8. Biasa sebelum pergi kita akan berjumpa dengan saudara-mara terdekat dulu. Minta maaf dengan mereka jika ada salah dan silap. Boleh pergi dengan hati yang tenang. 

      :-)  Entry seterusnya tips semasa di Tanah suci.. boleh baca di sini.





27 September 2012

Do you have your dream vacation destination?

Ohhh yess!!

Dulu aku tak pernah tau pasal tempat ni. Satu hari housemate aku yang cerita pasal production dia buat dokumentari pasal Natrah/Nadra. Kalau mereka cukup budget mareka mahu ke Amsterdam untuk selesaikan tugas-tugas dokumentari mereka. Tapi mereka tak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu. Lalu dia pun berceritalah tentang Tulip Garden ni. Lepas aku search kat internet.. wahhhh!! cantiknya..

Maka jadilah tempat ini sebagai destinasi pelancongan impianku...owhhh.... tak dapat pergi tengok gambar je lah..

One of the Holland's top attraction.

Tengok sinilah http://www.keukenhof.nl/






Teringat masa baca buku NATRAH family dia asal dekat-dekat sinilah kot.

13 September 2012

PASAR KARAT, JOHOR BHARU (2012)

Assalamualaikum...

Ibu-ibu bapa-bapak.. siapa yang mahu jalan-jalan mari kite pergi ke Pasar Karat, JB.. Yahuu... memang berkarat ok. Pasar Karat atau sama ertinya juga dengan pasar malam. Cuma keistimewaan dari pasar ini dari pasar malam biasa adalah di sini banyak terdapat orang menjual barang-barang second hand. Seperti bag Deuter ori, handbag guess atau jenama-jenama lain, helmet, barang-barang letrik, laptop, mainan an macam-macam lagi. Sampaikan kadang-kadang tu barang yang dijual dah lama sangat pun ada jual. Ada juga yang menjual barang-barang antik/nostalgia gitu, seperti tin lama milo, radio fesyen lama dan lain-lain. Pelik-pelik pun ada. Jom layan gambar-gambar gelap ni..

Macam-macam ada

Sesak.
Kalau tak cukup duit, tuuuu nampak tak Maybank tu. Sila-silah ye. Jangan malu-malu. Kuang3x...

Van antik yang dah dicantikkan. Aku terlaku jakun so tersnap gambar.

Mai2. Murah-murah....

Persediaan musim sejuk mungkin???

Binatang comel tapi baunye.. awwwww...


Sesak masa nak cari parking

Jom cari parking yang FREE!!! hahahahh

Balai polis berdekatan

Highway di atas ke Singapura

01 February 2012

COLMAR TROPICALE, BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG (2011)

Assalamualaikum...

Hi hi hi.. la la la...lu lu lu..... jom kite ke Bukit Tinggi hari ini.. :-)  Bukan Bukit Tinggi Klang. Ini betul-betul bukit, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Ke luar negeri aku jap sampai Pahang tu.. Tapi perjalanan dari Shah Alam ke Bukit Tinggi hanya memakan masa selama lebih kurang 1 jam 20 minit. Terkenal juga sebagai Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort. Kalau gerak dari Selangor naik highway ke arah ke Kuantan/Gombak/Genting Highlands. Nanti akan lalu jalan masuk ke Genting Higlands, terus lagi baru masuk kawasan Bentong dan akan jumpa signboard ke Bukit Tinggi.

Memandangkan ini adalah kali pertama aku kesini, kami masih tak dapat agak secara tepat berapa lama perjalanan ke sana. So, pagi-pagi lagi sekitar 7.30am kami dah bertolak dari Shah Alam. Sampai kat atas dalam pukul 9am. Awal kan.. Tapi seronok sebab masa naik bukit ke atas, kereta tak banyak. So, bawak kereta slow-slow aje sambil menikmati udara segar dan pemandangan yang penuh menghijau. Pagi-pagi lagi memang nyaman. Kalau ada kereta lain, tak boleh bawak slow sangat la sebab jalan naik ke atas susah nak potong. Oh ya, sebelum tu kena bayar dulu sebelum naik. Sekali masuk untuk dewasa RM 12 dan RM 8 untuk kanak-kanak. 


Perjalanan dari bawah naik ke atas

Perjalanan dari bawah ke atas mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. Setelah penat mendaki, sampailah ke atas. Dan nampak dah bangunan-bangunan ala-ala kat oversea tu. Konsep Perancis gitu. Tempatnya takla besar mana pun. Kalau nak parking pun tak susah, ada tempat kosong. Tapi mungkin masa tu awal pagi lagi, sebab tu senang cari parking kot. Lepas tu jalan-jalan je la sekitar kawasan tu...  Untuk sapa-sapa yang bawak sweater, tapi tak demam tu, tinggal je sweater dalam kereta. Tak sejuk mana pun.. :p

Tempatnya cantik, tapi rupa-rupanya aku tertipu dengan gambar-gambar kat internet yang dah diedit tu. Bangunan tu buruk-buruk je rupanye.. :p Tp okla cantikla sebab memang design inggeris, kedai-kedai makan pun comel-comel je. Kedai souvenir pun ada. Macam gambar kat bawah ni, yang tingkat atas semua hotel-hotel.


Colmar Tropicale

Jom jalan-jalan ke bawah sikit.. Lalu kat tepi bangunan tu, ada tangga.. Jom turun..Wahh ada kolam la.. Ada beberapa ekor swan. Pastu diaorang ni macam tahu-tahu je ramai orang datang nak ambil gambar dengan diaorang.. Takla lari ke tampat lain.


Swan dan saye

Jom pusing lagi ke tampat lain lak.. Terus susur ke belakang bangunan. Ada tempat pejalan kaki.. Oh takda apa di sini. Tp pemandangan memang sangat cantik.


Belakang bangunan

Jom pergi ke  Jepanese Garden pulak. Untuk ke Japanese Garden ni tak perlu bawak kereta pun takpe. Naik je bas yang disediakan kat depan tu. Free je sebab dia dah kira harga tiket masa mula-mula masuk tadi tu. Japanese Garden ni atas bukit, jalan sempit je. Sebab tu tak digalakkan naik kereta sendiri ke atas. Tempat tak jauh, dalam 10 minit pun dah sampai. Dari tempat turun bas tu kena naik atas bukit curam!! Owhh memang penat naik ke atas. Sangat-sangat dinasihatkan jangan pakai high heel kalau pergi sana. Pakai sliper flat je atau kasut lagi bagus.


Japanese Garden

Pemandangan di Japanese Garden memang sangat cantik. Sapa-sapa yang suka buat photoshoot ke, memang sangat sesuai. Hijau dan sejuk. Kat sini ada juga buat sewa kimono, RM 20. Boleh bergambar kat sekitar kawasan tu. Kat pondok dalam gambar tu ada meja makan. Aku nampak ada satu family bawak bekal, makan kat situ.. Memang best.. Mungkin diaorang dah plan awal-awal. Berkelah kat situ pun best.


Japanese Garden, Tatapi Spa.. Tengok rate spa die mahal sangat-sangat.

Sebelah Japanese Garden ni ada Botanical Garden Tempat cantik jugak, kalau nak tengok tempat ni semua, kena turun tangga ke bawah jauh la jugak. Aku turun sekerat jalan je, takot nanti penat sangat nak naik ke atas. So, tak tahu ada apa kat bawah-bawah lagi..hehe..

Botanical Garden
Masa tu dah pukul 1 tgh hari, perut pun dah lapar sebab dari pagi tak makan. Nak makan mana ye. Last-last kami decide nak makan dekat situ aje, ada satu restoran Jepun kat Botanical Garden tu. Paling penting sekali view kat situ memang best. Kami duduk kat tepi sekali bahagian luar. Harga makanan memang agak mahal.. nama pun kat Bukit Tinggi kan..huhu.. 

Saya sangat lapar

Dah habis makan, kami tunggu bas turun ke tempat tadi semula. Jalan-jalan kat kawasan yang belum pergi tadi kejap, singgah kedai souvenir, lepas tu dah tak tahu nak buat apa dah. Aku usha-usha harga makanan kat situ, memang boleh tahan la mahal. Tapi boleh je la kalau nak pergi. Bukan selalu nak feeling-feeling kat France kan.. eehhehee.. Ada jugak makan buffet, harga ok. Takla mahal macam buffet hotel masa bulan Ramadhan tu. 

Depan Colmar Tropicale

Itu sajalah perjalanan kami ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Pukul 2.30 petang kami dah balik. Ramai ke sana pergi kat tempat arnab, tapi aku tak pergi pun. So, bagi aku tempat ni sesuai untuk lawatan sehari saja. Kalau nak tidur kat sini pun boleh, tapi tak banyak aktiviti boleh buat. Tapi sangat sesuai untuk sapa-sapa yang datang untuk berehat..

Tammmat...


29 January 2012

SOUVENIR

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak story2 pasal souvenir. Macamlah banyak info sangat kheennn..

Souvenir atau cenderahati selalu kita beli masa kita pergi ke tampat-tempat menarik. Tak menarik pun beli je lah wei..  Tak semestinya kita pergi ke tempat tu baru ada souvenir. Boleh jugak kalau kawan-kawan atau saudara-mara yang bagi, souvenir dari mana-mana tempat yang diaorang pergi. Biasanya, kita mesti cari souvenir yang kecik, senang nak bawa dan ada tulis nama tempat yang kita pergi tu. Contohnya keychain, kan senang nak bawak tu. Keychain tu pulak ada tulis, Langkawi contohnye. Tak kisahlah dia tulis pakai liquid paper ke, pen ke atau cop je janji bertulis. Kadang-kadang aku terfkir jugak, 'alah ni aku tulis sendiri pun boleh, pakai je water color, keringkan'. Betul x? Tapi tak kiralah macam mana pun, setiap tulisan tu akan mengingatkan kita ke satu-satu tempat yang kita pernah lawati atau dari pemberian rakan-rakan. Selain dari bertulis, boleh jugak macam gambar-gambar yang mencerminkan tempat tersebut. Contoh kalau keychain gambar Helang, mestila dari Langkawi kan. Tak payah nak tulis Langkawi pun dah boleh tahu.

Aku ada beberapa souvenir beli sendiri dan orang bagi. Kalau tengok ni semua, at least kita akan ingat memori daun pisang masa kat sana ke. Kot-kot esok dah tua-tua ke dah lupa ke.. hehe.. Mana tahu ti dah tua, tengok keychain ni baru lah teringat, 'ehh.. haah la aku dulu pernah g Langkawi.. bujang lagi masa tu pegi dgn sapa ek?'. (ok,ni mmg serius dah nyanyuk, padahal ada gambar beratus-ratus, takkan la lupa). Kate contoh kan.. heehehekk.. tp tak mustahil kan?

Contohnya bila aku korek-korek balik keychain2 lama, jumpalah benda-benda ni semua.. Lalu aku pun berkata.....

"Ni keychain Bandung masa Ros bagi dulu. Dia pergi dengan kawan die berdua je. Yang fridge magnet masjid tu Kak Fini punya aku rembat nak amek gambar.'

Keychain dan fridge magnet dari Bandung, Indonesia
'Dari Cameron..Opismate bagi'

Keychain dari Cameron Highlands

'Dari Kak Yan.. Masa dia pergi shooting dulu'

Keychain dari Cherating, Kuantan, Pahang

'Bukit Tinggi, aku beli sendiri. Lawatan singkat saje...'

Keychain dan fridge magnet dari Colmar Tropicale,Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

'Dari Jo, dia beli masa travel ke Spain. Souvenir aku yang suruh beli, kalau tak ntah le..haha'

T-Shirt, dompet dan fridge magnet dari Spain

'Kak Zie, akak opis dulu bagi masa pergi Disneyland, Hong Kong. Family trip katenye.... Ini pun aku dapat pasal aku pergi bergosip kat meja dia masa tu'.

Pen dari Hong Kong


'Aku beli sendiri la... 2 kali g Langkawi. 1st time pergi, al-maklumlah al-JAKUN al-nak mampus.. Semua benda nak beli.. memang di luar kawalan. 2nd time pergi baru semua under control..'

Keychain, T-Shirt, fridge magnet, penanda buku dan gelang dari Pulau Langkawi, Kedah

'Jo bagi masa pergi travel ke Lisbon'

Keychain dari Lisbon, Portugal

'Jo bagi, macam biasa, aku yang suruh beli. kui3x...tq2'

Matrushka dan kaychain dari Moscow, Rusia

'Beli masa kat Mekah. Ada beli kat Mekah Mall, kat masjid masa miqad (sempat lagi tuh), ada dpt free sebab beli barang banyak sangat..hehe'

Gelang, cincin, beg, minyak wangi, inai dan celak dari Mekah

'Dari Melaka, tak ingat bila beli. Tapi benda ni dah ada dari sekolah rendah lagi'

Kotak kayu dari Melaka

'Keychain Kuching makcu bagi, dompet tu masa mak pergi lawatan opis ke Sarawak. Tak bawak aku. hihi'

Keychain dan dompet dari Sarawak

'Ni cabutan bertuah ni dalam feri.. tak pernah-pernah bertuah..tetiba lah pulak'.

T-Shirt dari Tanjung Balai, Indonesia. Ni sebenarnya dapat cabutan bertuah masa naik feri. Kat sana beli tudung je, xde pun keychain2.

'Dari Yashar, classmate dulu. Baik betul die, bagi. Kami kat sini tak pernah bagi die apa-apa pun'.

Tempat letak pen dan keychain dari Tehran, Yaman

'Ini pun aku lupa la sapa bagi..hihihi..Su kot? Fridge magnet macam biasa, pinjam kejap je yang ada kat peti sejuk.hehe'

Fridge magnet dan keychain dari Terengganu

Bila diingatkan balik, banyak lagi souvenir yang orang bagi. Tapi yela, dulu-dulu tak pernah simpan elok-elok. Bila sekarang ni, cari balik dah tak ade. Dahla aku ada pindah rumah, lagilah dah tak ada benda-benda tu semua. Apa-apa pun, bersyukur sebab masih dikurniakan badan yang sihat dan rezeki untuk pergi tengok tempat orang lagi. Moga-moga bertambahlah lagi koleksi souvenir ni semua.. Amin...

**Special thanks to Kak Fini sebab tolong ambilkan gambar-gambar ni semua.