WANNA TRY SOMETHING NEW??

Showing posts with label PaRt-TiMe. Show all posts
Showing posts with label PaRt-TiMe. Show all posts

06 November 2012

Part Time Job punyer Story 3

Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang nak buat kerja part-time bolehlah hubungi orang ni. Kerja sebagai promoter, Sabtu dan Ahad sahaja (Weekend) kat mana-mana pasaraya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, masa kerja pukul 10 pagi - 7 malam. Rehat 1 jam. Kalau tak silap aku haritu dia nak cari orang kerja kat Midvalley, Kepong dan Subang. Bayaran agak lumayan untuk kerja senang macam ni.hihi..

Nak tahu dengan lagi detail, bolehlah contact sini;


Abdul Karim bin Embari
012-6841 405

KOPEDA (MALAYSIA) SDN BHD
KONSORTIUM PEMBEKAL DAGING MALAYSIA
C-12-2, Block C, Megan Avenue 2,
12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Kerja dia sama macam ni, cuma orang ni under product KEWPIE;


Siapa-siapa yang berminat boleh call Encik Karim.

Sekian.. :-)

05 November 2012

Part Time Job punyer Story 2

Assalamualaikum...

Teringat tahun 2009 dulu, my 1st part time job sebagai salesgirl..
Jual handbag, bag pergi kelas, bag duit from China..ada jugakla aksesori sikit..
Aku kerja dengan Asma, kiranya kitorang tukar-tukar shift la..
Masa kerja start dari pukul 10pagi - 10 malam.
So, sorang jaga booth 6 jam.. kalau kerja 12 jam penat asik tengok jam je..
3 bulan je kerja tu, sebab dah tak boleh nak commit.
Masa tu study lagi, banyak sangat assigment lah, class lah..

Saya suka ini.cantik!
Nama kedai tu ArchNeers Sdn Bhd..
Tu menggambarkan job tuan kedai tu..
Diaorang suami isteri, muda lagi, ada anak sorang.
Yang suami kerja kerja Architect, isteri lak Engineer..
Maka terhasillah ArchNeers..
Kelas sangat kan..

Booth tempat aku kerja
Keja nya senang je, sebab keja dia duduk je sambil tunggu customer datang...
Aku jaga mcm booth kayu, kat dalam dan luar tepi-tepi tu letak lah beg.
Kadang-kadang boring keluar tengok-tengok, susun-susun beg la.
Gaji tak seberapa, sampai makan pun selalu bawak bekal.
Kalau beli kat situ, macam dah tak untung lak.
Maklumlah harga makanan kat pasaraya kan mahal sikit..huhuh.

Habis boring pun apa yang boleh aku buat , aku bawa laptop..
Kadang-kadang bawak buku..
Tapi kena hati-hati la, kat situ tempat orang lalu lalang..
Handphone aku penah hilang kat situ..
&^%$# punya pencuri.. bengang toksah cakapla..
Dengan keadaan kewangan yang tak seberapa, handphone lak hilang.

Walaupun 3 bulan je, macam-macam jenis orang boleh aku jumpa..
Tapi memang kuasa membeli ada kat tangan perempuan.
Juallah apa  aje, perempuan mesti beli..hheheeh..
Dasat tak dasatt..

Kerja macam-macam, kaya je belum lagi...hihiks!!!

Jumpa lagi.. assalamualaikum..   :-)

03 November 2012

Part Time Job punyer Story 1

Assalamualaikum..

Saya ada buat part time job..
yup, ini sangat serius dan ini adalah kali kedua dalam hidup dowhhh...
selama ni last aku buat tahun 2009 dulu
boleh baca Part Time Job punyer Story 2
kebetulan housemate aku ada dah quit keja ni, so aku replace tempat dia.
kerja senang je, tapi biasala jumpa macam-macam orang ada jugakla manusia-manusia yang agak suka memandang rendah kerja macam aku buat ni..

ada yang anggap kerja budak lepas SPM.
ada yang kata 'kesian' budak degree kerja macam ni la. owhh ini sangat annoying okehhh..
ada pakcik siap tanya cgpa aku berapa degree dulu. owhh ini sangat annoying okehhh 2..
yeah aku tipu ckit la,aku up ckit cgpa aku, pun dia kata rendah.. owhh ini sangat annoying okehh 3...
owhh ini annoying okehh sebenanye adalah pakcik yang sama.. dush3x!
namapun part time, bukan full time.. apa da..
ada yang tanya 'dik2 kat mana nak cari itu ini itu ini'.
what? muka aku ada macam kaunter pertanyaan kah..

but its's ok, kata la apa-apa pun. janji dapat gaji yang halal..ahaks!!
nak tahu kerja apa tak..
alahhh biasa-biasa je.. alahhhhh biase jer.. alahh..
promoter kicap jer...

Kicap Pelangi. 
serius.
yup, memang serius.

k..tatatata. nak g kerja dah.