WANNA TRY SOMETHING NEW??

Showing posts with label FaMiLy. Show all posts
Showing posts with label FaMiLy. Show all posts

20 November 2012

Alif dan Alisya : KL dan Kuala Lumpur, pelajar terbaik


Assalamualaikum...

Ini Alif dan Alisya, anak saudara saya..comelz tak macam saya.hihi.. Alif umur dia 6 tahun, tahun depan masuk sekolah. Alisya baru 2 tahun setengah. Masa ni dalam kereta, nak balik ke Pt Yaani sebab abang saya dan kak ipar saya kena outstation. 

Gambar atas : Aman damai selama 2 minit saja. Selebihnya seperti gambar di bawah. Alif tah kemana, dua2 tak reti duduk diam..
Tiba-tiba teringat soalan kelakar dari Alif dulu. Masa tu dalam kereta. Alif tanya 'Cik Yah, jarak KL dengan Kuala Lumpur jauh ke dekat???'. Adoi.. selama ni dia biasa dengar kot orang pergi KL, pergi 'Kolumpo', dia mesti tempat tu lain-lain.. hahaa... Alip alippp.... Saya pun jawab 'Alif, Kuala tu huruf depan dia apa, Lumpur tu huruf depan dia apa?' Tapi dia jawab main-main, last-last saya malas nak layan..hehe

Anyway,
Tahniah kepada Alif kerana dapat pelajar terbaik peringkat umur 6 tahun di tadika Al-Hidayah. clap3x..
Ilebiu.
Gambar dari facebook abangAdi
:-)

:-)




12 November 2012

Alif tidur tak hengat punya

Assalamaualaikum...

Beberapa bulan yang lepas, abah aku masuk hospital untuk pembedahan batu karang. Aku ambil gambar Alif saja-saja je mulanya. Lama sangat tunggu, Alif main game kat laptop. Aku pun ajak di main teka-teka. Aku tulis huruf kat belakang badan dia, dia teka huruf atau nombor apa yang aku tulis tu. Pasal dah penat sangat dan syok je orang gosok-gosok belakang badan dia, dia tertidur.

Aliff tengah main game atas katil hospital

Aku pun snap gambar kat bawah ni.Takda tempat nak tidur, terpaksa letak Alif atas kerusi je..kepala asyik nak jatuh ke tepi je, aku pun tahan dari tepi dan SNAP!!  :p

Ini bukan lakonan
Bila aku tunjuk gambar ni kat dia kata 'Sebok je!!!'. hehehe... malu letttewwww...hahaahh..

11 November 2012

Cerita Raya Haji 2012

Assalamualaikum...

Tiada cerita menarik sangat tentang Raya Haji yang lepas. Cuma kami satu keluarga berkumpul di Parit Yaani ajela. Yang lagi best, malam tu Cik Din call nak datang tido kat rumah. Esoknya abang aku buat BBQ. Abang aku ni suka sangat buat BBQ, tiap-tiap kali raya mesti buat. Aku ni tak berapa rajin sebab kena duduk mencangkung kipas-kipas kat luar, takda kerusi lagi. Tak rajin, tak rajin. Rajin makan je.


Tunggu ayam siap masak..yummy!! Kipas baek punya..hihhiihh..

Camera yang sama, tapi macam lain warna gambar
Sarah tengah berlari-lari seronok main dengan Alif. Entry lepas ni kita tengok macam mana reaksi Sarah bila parents dia ajak balik..hehe..

Chef BBQ kita.. 

Selain wat BBQ ayam, abang aku buat jugak daging korban.. Daging baru lagi haruslah sedap sangat-sangat. Alhamdulillah rezeki.Ramai lagi orang di luar sana kelaparan, kita di Malaysia memang terlebih mewah dengan makanan.. tetiba lak kan..

Syukur...syukur...

Sampai sini dulu... :-) assalamualaikum..

Sarah bila merajuk

Assalamualaikum...

Biasanya anak buah aku, Alisya dan Alif seronok betul bila dapat jumpa dengan Sarah. Sarah ni anak pakcik aku. Sarah anak tunggal, so bila jumpa dengan dua beradik ni tak ingat nak makan dan tidur. Main je kerjanya, lari sana sini wat sepah sana sini. Happy je tengok diaorang. Kalau malam time nak tido dok sok sek sok sek apa benda tah..hehe.. lepas tu baru balik kat tempat tido masing-masing.

Satu perkara kelakar tentang Sarah ni, bila diorang tak puas lagi main sama-sama, Cik Din dan Cik Kaka dah ajak balik. Mood dia akan terus tiba-tiba berubah, diam jek. Bersalam pun dah taknak. Dan dia selalu taknak tengok orang yang nak balik tu. Sedih nak berpisah la katakan..hehe..

Gambar kat bawah ni diambil di rumah aku kat Johor, masa Sarah dah nak balik. Start dahla sedih dia..

Dah start rasa sedih

hehehe


Waaa taknak balik...

Habis boring dah..hehehe.. 'ala..kena balik gak ke..'

Terpaka balik jugak.. huhu
Macam-macam kan..Comel betul... hehe...