WANNA TRY SOMETHING NEW??

Showing posts with label Job. Show all posts
Showing posts with label Job. Show all posts

06 November 2012

Part Time Job punyer Story 3

Assalamualaikum...

Siapa-siapa yang nak buat kerja part-time bolehlah hubungi orang ni. Kerja sebagai promoter, Sabtu dan Ahad sahaja (Weekend) kat mana-mana pasaraya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, masa kerja pukul 10 pagi - 7 malam. Rehat 1 jam. Kalau tak silap aku haritu dia nak cari orang kerja kat Midvalley, Kepong dan Subang. Bayaran agak lumayan untuk kerja senang macam ni.hihi..

Nak tahu dengan lagi detail, bolehlah contact sini;


Abdul Karim bin Embari
012-6841 405

KOPEDA (MALAYSIA) SDN BHD
KONSORTIUM PEMBEKAL DAGING MALAYSIA
C-12-2, Block C, Megan Avenue 2,
12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Kerja dia sama macam ni, cuma orang ni under product KEWPIE;


Siapa-siapa yang berminat boleh call Encik Karim.

Sekian.. :-)

05 November 2012

Part Time Job punyer Story 2

Assalamualaikum...

Teringat tahun 2009 dulu, my 1st part time job sebagai salesgirl..
Jual handbag, bag pergi kelas, bag duit from China..ada jugakla aksesori sikit..
Aku kerja dengan Asma, kiranya kitorang tukar-tukar shift la..
Masa kerja start dari pukul 10pagi - 10 malam.
So, sorang jaga booth 6 jam.. kalau kerja 12 jam penat asik tengok jam je..
3 bulan je kerja tu, sebab dah tak boleh nak commit.
Masa tu study lagi, banyak sangat assigment lah, class lah..

Saya suka ini.cantik!
Nama kedai tu ArchNeers Sdn Bhd..
Tu menggambarkan job tuan kedai tu..
Diaorang suami isteri, muda lagi, ada anak sorang.
Yang suami kerja kerja Architect, isteri lak Engineer..
Maka terhasillah ArchNeers..
Kelas sangat kan..

Booth tempat aku kerja
Keja nya senang je, sebab keja dia duduk je sambil tunggu customer datang...
Aku jaga mcm booth kayu, kat dalam dan luar tepi-tepi tu letak lah beg.
Kadang-kadang boring keluar tengok-tengok, susun-susun beg la.
Gaji tak seberapa, sampai makan pun selalu bawak bekal.
Kalau beli kat situ, macam dah tak untung lak.
Maklumlah harga makanan kat pasaraya kan mahal sikit..huhuh.

Habis boring pun apa yang boleh aku buat , aku bawa laptop..
Kadang-kadang bawak buku..
Tapi kena hati-hati la, kat situ tempat orang lalu lalang..
Handphone aku penah hilang kat situ..
&^%$# punya pencuri.. bengang toksah cakapla..
Dengan keadaan kewangan yang tak seberapa, handphone lak hilang.

Walaupun 3 bulan je, macam-macam jenis orang boleh aku jumpa..
Tapi memang kuasa membeli ada kat tangan perempuan.
Juallah apa  aje, perempuan mesti beli..hheheeh..
Dasat tak dasatt..

Kerja macam-macam, kaya je belum lagi...hihiks!!!

Jumpa lagi.. assalamualaikum..   :-)

03 November 2012

Part Time Job punyer Story 1

Assalamualaikum..

Saya ada buat part time job..
yup, ini sangat serius dan ini adalah kali kedua dalam hidup dowhhh...
selama ni last aku buat tahun 2009 dulu
boleh baca Part Time Job punyer Story 2
kebetulan housemate aku ada dah quit keja ni, so aku replace tempat dia.
kerja senang je, tapi biasala jumpa macam-macam orang ada jugakla manusia-manusia yang agak suka memandang rendah kerja macam aku buat ni..

ada yang anggap kerja budak lepas SPM.
ada yang kata 'kesian' budak degree kerja macam ni la. owhh ini sangat annoying okehhh..
ada pakcik siap tanya cgpa aku berapa degree dulu. owhh ini sangat annoying okehhh 2..
yeah aku tipu ckit la,aku up ckit cgpa aku, pun dia kata rendah.. owhh ini sangat annoying okehh 3...
owhh ini annoying okehh sebenanye adalah pakcik yang sama.. dush3x!
namapun part time, bukan full time.. apa da..
ada yang tanya 'dik2 kat mana nak cari itu ini itu ini'.
what? muka aku ada macam kaunter pertanyaan kah..

but its's ok, kata la apa-apa pun. janji dapat gaji yang halal..ahaks!!
nak tahu kerja apa tak..
alahhh biasa-biasa je.. alahhhhh biase jer.. alahh..
promoter kicap jer...

Kicap Pelangi. 
serius.
yup, memang serius.

k..tatatata. nak g kerja dah.


14 July 2008

Indahnya pengalaman.....

Skang ni kat kelas Multimedia baru je habis.. Tapi macam besela pantang lec kluar awal mesti lepak2 dulu sambil melayari internet gtu.... Malam semalan aku dah tulis banyak tapi tibe2 internet down lak.. Habis hilang semua yang aku tulis.. Geram betul.. K la..aku cerita semula..

Lepas aje habis exam sem 4 (sem lepas) kami semua budak2 CS 225 diwajibkan untuk praktikal. Nama skema die Industrial Training la... Nak dijadikan cerita aku dapat praktikal kat Hospital Pakar Kuantan(KSH). Praktikal okey.. best dan banyak pengalaman dapat timba. Kat situlah jugak aku kenal Kak Mun dan Kak Is.. Diaorang la akak2 IT kat ctu yang paling rapat dengan aku sebab aku satu bilik dengan diaorang. Tapi bukan tentang praktikal yang aku nak cerita kat sini.. Tapi tentang sebuah keluarga... dan pengalaman yang tak pernah aku dapat..
Rumah aku bukan kat Kuantan so aku terpaksela menumpang kat rumah kawan aku kat Bukit Sekilau, Kuantan. Ros nama die,student Sains Komputer UTM Skudai. Ros ni kira geng aku jugak la mase matrik Johor dulu dan kebetulan die pun praktikal jugak. Tapi tak sama tempat la dengan aku.. Ros praktikal kat LKPP dekat je dengan bandar.

Dulu mase matrik aku penah pegi rumah die dengan Habibah. Jadi mase mak abah aku hantar g rumah die aritu aku takla segan sangat sebab dah penah jumpa mak n abah die. Makcik Jamilah dan Pakcik Rosli. Makcik keje sama mcm mak aku, kerani (N17). Pakcik lak pemandu lori, tapi dulu dia keje askar. Askar pencen la ni. Diaorang ada 5 beradik. Yang sulung Ros, yang kedua Zainal dan diikuti ngan Abg De, Abg Cik dan Amy. Zainal ni (ktorang panggil Jenal) baru pas SPM tahun lepas dan baru dapat tawaran politeknik kat Semambu, tak jauh dari rumah.. Abg De ngan Abg Cik lak darjah 4 dan 3 kalo aku tak silap.. Amy lak darjah baru 1. Anak bongsu dan paling manje..

Yang menarik tentang diaorang nih, diaorang tau peranan masing2. Kurang pentingkan diri sendiri sebab adik-beradik ramai. Contohya kalau makan malam. Makcik kadang2 buat nasi ayam, tapi yang penting tiap2 hari mesti lauk ayam la. Fuh nasi ayam makcik wat mmg best. Walaupun baru sekolah rendah Abg De,Abg Cik dan Amy tak akan ambik ayam lebih dari 2 or 3 ketul, tgk keadaan la. Sebab diaorang tau ramai lagi yang makan, kalau ambik lebih adalah insan yang tak merasa ayam tu... Camtu la tiap2 hari.. Aku cukup kagum dengan diaorang..


Aku bukan ape,yang aku nak cerita kat cni ni lah pengalaman yang aku takleh lupa n lebih tepat lagi aku sediri tak pernah alami macam ni. Sebab aku 2 beradik je dengan abang aku. Abang aku lak umur die jarak 9 tahun dari umur aku. Jauh... Bile aku cite pasal diaorang tu, mak aku pun cakap "Adik dengan abang dulu sampai mak panggil makan 3-4 kali suruh makan. Kalau tak sape lagi nak makan. Tu pun kadang2 sampai basi makanan tu." Aku jadi insaf lak.. Abah aku lak kate "Ha, diaorang tu mak abah keje. Orang ada duit, bkn la orang susah. Kalau orang susah, mak tak keje ayah gaji kecik, adik-beradik lagi ramai cmne.. bayangkanlah". Lagi la... Aku pun pikir.. Betul cakap mak abah aku........

Lagi satu, budak2 ni kalau bergaduh bukan main lagi. Bising kemain tambah2 lagi kalau abah diaorang marah diaorang n mula nasihat macam2... Budak2 ni diam aje.. bukan ape.. takut....... Abg Cik n Abg De selalu gak gaduh. Tapi yang klakanya, penat2 gaduh bile tdo kdg2 sampai berpeluk jugak.. Tu la air dicincang tak akan putus. Kalau aku kecik2 dulu nak gaduh dengan sape... Aku rasa aku penah gaduh dengan abang aku sekali je mase kecik dulu. Tu pun sebab aku tak nak kasi abang aku kertas lukisan je.. Tah nape aku time tu tgh kedekut gila. Abang aku punyela bengang. Mase tu dia sekolah menengah lagi...

Jenal lak lebih suka wat hal sendiri. Walauun selalu keluar jumpa kawan2, dia tak pernah abaikan tanggungjwab die. Pagi2 hantar adik skolah, petang lak amek lak diaorang. Jenal ni kamcing dengan Abg De. Dengan Abg Cik kurang ckit sebab die selalu wat hal. Ada2 aje... Tugas sampingan yang die selalu wat lagi, sidai kain.. Maklumla die sorang je cuti. Orang lain sema keje n skolah.. Dia memang baik. Selalu mengalah engan adik2. Ros lak takda cite lainla sebab dia pun praktikal.. Yang syoknya kitaorang selalu gak wat hal sendiri. Kluar jalan megamall, tgk wayang. Macam2 la...

Tu aje la... Sekian..