Assalamualaikum....
Setelah berpenat lelah ber'shopping' di Pasar Karat, abang aku bercadang nak lepak-lepak makan steamboat dulu. Saje je la abang aku nak bawak pelancong dari luar negeri ni.. (akule tu.. minah jakun) Maklumla jakun dapat jalan-jalan JB. hehe.. Tempat ni dikenali sebagai Steamboat Dataran atau Steamboat Van Luton. Apa yang istimewanya tempat ni adalah van luton tu sendiri. Semua van ada nombor dan tapak masing-masing. Diaorag buka setiap hari dari petang sampai tengah malam. Dan semua van ada jual Steamboat dan makanan lain. Harga standard saje, tak murah sangat, tak mahal sangat. Kate JB kaaannn.. heheehee...
|
Pelbagai jenis makanan dijual terutamanya steamboat |
|
Alif yang tertidurr..heehe |
|
Pemandangan cantik |
|
Suasana di Steamboat Dataran |
|
Tandas Awam disediakan |
|
Steamboat |
|
Boleh pilih nak sup atau kuah kacang. Nak dua-dua pun boleh. |
|
Makan-makan |
|
Meriah. Ramai sangat orang. Hari cuti kan. |
|
Jam Besar menunjukkan 11.55 tengah malam |
|
|
Kesimpulan aku dari tempat ni, best. Meriah sangat-sangat. Macam baru pukul 9 malam je walaupun dah dekat 12 malam. Sangat-sangat tak sesuai kalau nak diskuss pasal bisness juta-juta di sini.. hehe.. Kalau nak jugak boleh pergi ke
PappaRich. :p
Makanan ada banyak, tapi kalau tak biasa pergi tu kalau terkena yang tak sedap tu nak buat macam mana kan. Van yang kami pergi tu, sup die sedap, kuah kacang pun sedap. Makanan lain tak order pun. Tapi air dia kurang sikit. Tawar. So, pandai-pandailah pilih tempat. Biasa kita tengok kalau tempat tu ramai orang mesti sedap kan. Tapi kat sini semua ramai orang. Tak dapat beza pun.
Bawah ni link blog yangg cerita tentang steamboat dataran ni. Sebab gambar-gambar yang aku ambil mungkin tak berapa jelas.
1)
http://fadzilahmamat.com/food-temptation/tempat-makan-best-di-johor-bahru-steamboat-dataran-bandaraya/
2)
http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/04/steambot-dataran-jb.html
3)
http://carlsamsudin.blogspot.com/2010/04/steamboat-di-dataran-jb.html
2 comments:
bestnye...igt plak kat kajang dulu....^_^
la fina!!!!!
Post a Comment