WANNA TRY SOMETHING NEW??

Showing posts with label BaGs. Show all posts
Showing posts with label BaGs. Show all posts

11 November 2012

Sale SEED bag murah

Assalamualaikum...

Pada suatu petang yang hening, aku tengah lepak-lepak je kat rumah. My cousin pergi ke JayaJusco Bukit Raja, Klang dengan kawan dia. Dia ajak aku pergi sekali tapi aku malas kerana kesempitan wang takda apa nak cari pun. Sebenarnya aku nak tengok citer Julia..hihihkkss.. Tiba-tiba masuk satu SMS dari Su 'Seed tengah clearance stok. Su nak ambik 3 beg tapi 1  je yang ok. Yang lain orang dah serbu'.

Aku wat taktau je, sebab rasa macam taknak pun.. Sekali bila dia bawak balik bag yang dia beli tu memang seriously murah!!! Meme ahh... 

SEED handbag
Beg SEED kat atas hanya RM 19 !!! Besar tau, dalam 12 inci x 12 inci gakla. Normal price untuk bag ni RM 194. Kak Yan mintak tolong belikan, tapi bila pergi lagi sekali dah sold out. Tapi takpala tiada rezeki bag di situ.hihi..

Sampai sini saja..dadada...


09 November 2012

I Want This ! 1

Assalamualaikum...

Comelnyaaa!!!! hihiii.. macam budak-budak ke.. aku suke aku kesah apa kan..
(Berangan bawak beg ni kat airport, pakai baju pink..hikhikss!) dah2.. 

Aku tengok ni ada kat MyDeal.com.my 


Dah ada beg dahle..wat apa beli mahal-mahal..hehe.. engkau tu bukan pergi mana pun Khairiiah weii..hakhakk.. 


LIKE!!!!

LIKE AGAIN!!!! 
Dadada...

Used Authentic Coach Handbag For Sale with affordable price!!

Assalamualaikum... 

For those who are interested, em.. cakap melayu lah! hihi.. 
Saya ada satu beg tangan Coach 100% original untuk dijual. Berikut ciri-ciri beg tersebut:

1. Pernah digunakan sekali sahaja. 
2. Mengapa nak jual? Sebab owner beg ni nak pakai beg yang lagi besar.
3. 100% original
4. RM 550, saya pernah tengok price baru around RM700. 
5. Lokasi beg ni sekarang di Ukay Perdana (my aunt)
6. Dapat paper bag Coach 

Kalau ada yang berminat boleh email saya di khairiah87_phg@yahoo.com.




Terima Kasih. :-)

05 November 2012

Part Time Job punyer Story 2

Assalamualaikum...

Teringat tahun 2009 dulu, my 1st part time job sebagai salesgirl..
Jual handbag, bag pergi kelas, bag duit from China..ada jugakla aksesori sikit..
Aku kerja dengan Asma, kiranya kitorang tukar-tukar shift la..
Masa kerja start dari pukul 10pagi - 10 malam.
So, sorang jaga booth 6 jam.. kalau kerja 12 jam penat asik tengok jam je..
3 bulan je kerja tu, sebab dah tak boleh nak commit.
Masa tu study lagi, banyak sangat assigment lah, class lah..

Saya suka ini.cantik!
Nama kedai tu ArchNeers Sdn Bhd..
Tu menggambarkan job tuan kedai tu..
Diaorang suami isteri, muda lagi, ada anak sorang.
Yang suami kerja kerja Architect, isteri lak Engineer..
Maka terhasillah ArchNeers..
Kelas sangat kan..

Booth tempat aku kerja
Keja nya senang je, sebab keja dia duduk je sambil tunggu customer datang...
Aku jaga mcm booth kayu, kat dalam dan luar tepi-tepi tu letak lah beg.
Kadang-kadang boring keluar tengok-tengok, susun-susun beg la.
Gaji tak seberapa, sampai makan pun selalu bawak bekal.
Kalau beli kat situ, macam dah tak untung lak.
Maklumlah harga makanan kat pasaraya kan mahal sikit..huhuh.

Habis boring pun apa yang boleh aku buat , aku bawa laptop..
Kadang-kadang bawak buku..
Tapi kena hati-hati la, kat situ tempat orang lalu lalang..
Handphone aku penah hilang kat situ..
&^%$# punya pencuri.. bengang toksah cakapla..
Dengan keadaan kewangan yang tak seberapa, handphone lak hilang.

Walaupun 3 bulan je, macam-macam jenis orang boleh aku jumpa..
Tapi memang kuasa membeli ada kat tangan perempuan.
Juallah apa  aje, perempuan mesti beli..hheheeh..
Dasat tak dasatt..

Kerja macam-macam, kaya je belum lagi...hihiks!!!

Jumpa lagi.. assalamualaikum..   :-)