WANNA TRY SOMETHING NEW??

07 February 2012

SECRET RECIPE SACC SHAH ALAM (2011)

Assalamualaikum...

Jom kita review tentang RESEPI RAHSIA pulak kali ni.. Tak perlu dikenalkan lagi, Secret Recipe aku rasa semua orang tahu. Ok, aku rasa mak dan abah aku tak tahu Secret Recipe ni.  Terkenal dengan kek yang sedap bangaaaatt. Tapi, kengkadang kan nak la jugak makan yang lain selain dari kek-kek tu kan. Saje nak try... adakah ianya sesedap keknya? atau sehebat harganya?? Untuk memuaskan hati jom kita try makanan lain kat RESEPI RAHSIA ni...  

Frilled Dory Fish.. Gambar cantik.. nama pun gempak..harga pun gempak.. Rasa OKla.. macam takda rasa pun ada jugak... mungkin memang macam tu... sesuai la untuk orang yang setakat nak makan-makan.. tapi sangat tak sesuai untuk orang yang kelaparan.

Grilled Dory Fish with Vegetables and Fries
Yang bawah ni pulak Grilled Chicken... Sedap..Seriously, memang sedap.. Nasi butter die sedap tapi tak banyak sangat. Ayam dan sos dia pun sedap jugak.

Grilled Mushroom Chicken
Popia goreng ni sangat sedap. Tak berminyak dan isi sayur kat dalam pun banyak.  Tapi kalau nak compare dengan tempat lain yang gerai-gerai pun sedap jugak. Kat sini harga lagi mahal. Kalau nak melantak popia banyak-banyak, beli tempat lainla.

Popia Goreng
Air semestinya kalau shake2 ni memang sangat sedap. Tapi tak hilang dahaga sangatla.

Oreo Milkshake dan Vanilla Milkshake

Website SECRET RECIPE di sini

Facebook Secret Recipe di sini

Food Menu di sini


No comments: