WANNA TRY SOMETHING NEW??

08 February 2012

FLAMING STEAMBOAT BUFFET, SEKSYEN 33, SHAH ALAM (2012)

Assalamualaikum...

Cerita pasal buffet lagi.. hehe.. apa lagi steamboat jom.  Minggu lepas ofis buat makan-makan sempena farewell. Kecil-kecilan aje. Mula-mula bos ajak pergi makan restoran Thai, sedap jugak. Tapi sebab saja nak merasa tempat yang tak pernah pergi, aku cadangkan ke Flaming Steamboat, Seksyen 33, Shah Alam. Oleh kerana ianya buffet, so macam-macam makanan ada termasuk makanan yang bukan steamboat macam nasi goreng, ayam masak sweet sour, popia, dan dim sum.
Family Kak Gee

Nazri yang gumbira

Family Kak Sal

Makan2

Ambil aiskrim, mashmallow dan coklat..yummy!

:-)

limpahan coklat

Flaming Steamboat ni dia kira kepala. Sorang (dewasa) RM 26.90 dan sorang (kanak-kanak) RM 9.90. Kalau makan 10 orang, dapat free sorang. Bes kan kan kan. Kalau nak tahu menu dengan dengan lebih lanjut boleh la ke website Flaming Steamboat. Kesimpulan, memang puas hati. Tapi, sup dan sup tomyam dia tak boleh lawan Johny Steamboat. hihii.. Cawangan Falimg Steamboat pun ada banyak, bukan kat Shah Alam aje, tapi cawangan Shah Alam adalah yang terbesar.

Website Flaming Steamboat di sini.


No comments: