Entry ni khas tentang barang-barang yang perlu dibawa sahaja. Ni adalah untuk mengelakkan kita terbawa barang-barang yang tak perlu atau terlupa bawa barang yang perlu... Terutamanya untuk kaun Hawa yang suka sangat nak bawak satu almari kalau pergi mana-mana..hihii...
1. 1. Beg. Semua beg mestilah tulis nama penuh
besar-besar, alamat rumah, travel agency apa, dan no telefon. Ini penting bila
kita nak cari beg berlonggok-longgok masa turun flight. Letak jugak penanda
macam reben kat semua bag 1 family kita, so dari jauh dah nampak.
a. Beg luggage 1. Bawa 1 beg besar untuk isi semua
baju dan barang-barang. Pastikan bag tak terlalu penuh masa pergi sebab masa balik barang akan bertambah. Beg ni
bawak masuk cargo flight.
b. Beg bimbit 1. Biasa dapat dari travel agency,
ala-ala beg balik kampung tu. Segala keperluan dalam perjalanan isi dalam beg
ni. Contohnya baju sehelai untuk tukar, pakaian dalam, ubat gigi, ubat-ubatan, pencuci
muka, buku-buku panduan, jajan-jajan ke, telekung dan sebagainya. Beg ni bawak
masuk dalam flight.
c. Beg selempang. Bag yang selempang travel agency
bagi sentiasa pakai dari pergi sampai balik. Dalam tu letakla benda-benda
penting seperti duit, ubat-ubat, buku panduan kecik dan dokumen-dokumen.
2. 2. Jubah/baju kurung. Jubah lagi baik nak pakai pun
senang. 4-5 helai dah cukup. Kalau baju kurung, bawak baju je pun takpe, boleh
pakai dengan seluar ala-ala jubah seluar. Tak perlu bawa banyak kat sana ada
dobi atau basuh sendiri je.
3. 3. Seluar panjang. 2 helai cukup. Boleh ganti dengan
kain baju kurung atau pakai dengan jubah.
4. 4. Toiletries seperti ubat gigi, berus gigi,
pencuci muka, sabun, shapoo, tisu dan sebagainya. Ada jual kat farmasi sana
kalau tak bawa. Bawa yang kecik aje. Jangan lupa bag yang boleh bawak masuk
flight setiap botol liquid jangan lebih 100ml. Kalu lebih, masuk dalam cargo.
5. 5. Tuala mandi. Biasa hotel di Madinah ada sebab hotel die ala-ala 5 bintang sikit, so towel memang ada. Tapi di Mekah bergantung tempat yang Travel agency tu bawa.
6. 6. Setokin. Pastikan bawa dan pakai setokin, bukan
sarung kaki yang nipis tu. Sebab nanti ketika saie bila pijak tiles licin dan
sejuk. Bawak banyak takpe sebab memang guna, 5-6 pasang ke.
7. 7. Hand socks. Kalau singgah mana-mana tak pakai
telekung, boleh pakai ni je masa nak sembahyang, so bile terselak lengan baju tak nampak tangan.
8. 8. Buku-buku panduan. Pastikan ada satu yang kecik,
yang boleh sangkut kat leher. Senang untuk panduan semasa sedang mengerjakan
umrah.
9. 9. Gunting kecil. Untuk potong rambut lepas saie.
10. Ubat-ubatan. Ubat-ubat sangat penting kalau kita tak sihat kat sana. Bawaklah panadol dan minyak angin. Ubat-ubat ada jual kat farmasi jugak kat sana, so don’t worry.
10. Ubat-ubatan. Ubat-ubat sangat penting kalau kita tak sihat kat sana. Bawaklah panadol dan minyak angin. Ubat-ubat ada jual kat farmasi jugak kat sana, so don’t worry.
1 11. Tudung. 2-3 helai dah cukup, mungkin nak guna masa
nak turun makan atau pergi beli barang ke. Masa lawatan pun boleh. Tapi takda
msalah kalau taknak pakai sebab nanti telekung memang dah jadi pakaian
sepanjang masa kat sana.
1 12. Selipar. Senang nak pergi masjid atau mana-nama.
Orang ramai masa keluar dan masuk masjid, cepat sikit kalau pakai selipar je.
Kat sana pun ada jual kalau taknak bawa dari rumah.
1 13. Plastik. Untuk simpan selipar masa masuk masjid.
1 14. Baju untuk tidur. Tak perlu bawa banyak, basuh
kat sana je, cepat kering.
1 15. Telekung 2 helai. Kat sana pakai telekung lama
dari pakai tudung, so mesti kena tukar-tukar.
1 16. Baju sejuk. Sangat penting ketika naik bas dan
flight sebab ada air-cond dan perjalanan lak lama.
1 17. Duit dan handphone mestilah kena bawa.. Kalau
ada camera silalah bawak jugak.
Itu sajalah buat masa ini.. Maaf kalau-kalau ada yang tertinggal.
Assalamualaikum...
Itu sajalah buat masa ini.. Maaf kalau-kalau ada yang tertinggal.
Assalamualaikum...
4 comments:
Bagus peringatan ini. Terima kasih!
Salam.. saya akan mengerjakan umrah pada bulan ini.. soalan saya bolehkah saya membawa kamera digital yang besar hitam tu? Ini kerana saya saya akan siggah di cairo dahulu sblm mnegrjakan umrah.. pada pndgn anda bgaimana? alang smpai di sana, tak mahulah terlepas peluang utk bergambar...
Bagus sangat tips ni. Terim kasih!
Saya ada senarai penuh barang keperluan umrah di sini.
http://tanahsuci.webzone.my/kelengkapan-umrah.html
Post a Comment