First entry tentang kopitiam. Satu pagi tu, aku nak pergi kedai print di seksyen 7, Shah Alam. Tapi kedai tu buka pukul 9am. Memandangkan aku terlebih awal dan terpaksa tunggu kedai tu buka dan terasa kelaparan di perut ni dan malas nak pergi jauh-jauh dah, aku pun pergi je la kat PappaRich ni, tak jauh dari situ. Lokasi, kawasan Jackel, dekat dengan Ikan Bakar Sekinchan. Kedai makan yang lain pun tutup lagi, termasuklah kedai Che Rozi yang aku selalu pergi tu.
Tempat cantik, nak parking pun senang.
PappaRich |
Aku order la seperti di bawah ni... White Coffee tu sedap dan makanan pun okla sedap jugak. Nampak je sikit tu, tapi hakikatnya sangat-sangat mengenyangkan.. Aku siap boleh tapau.. Mungkin pagi-pagi kot tak boleh nak makan banyak (macam tipu je).
Hot White Coffee (RM 3.80), Dry Mee Curry with Chicken (RM 10.90), Service Charge (RM 1.45) |
Owwhhh mahalnye... tak boleh pergi dah lepas ni kecuali ada discussion bisness juta-juta nanti baru boleh..hehehh
Antara Menu yang ada |
Menu lagi |
Coffe dan Desserts |
Lagi |
Menu minuman |
Pendapat peribadi aku adalah;
- Harga quite expensive
- Persekitaran kedai sangat selesa,cantik dan bersih
- Sesuai kalau nak privacy
- Layanan bagus
- Gov. Tax tiada, tapi ada Service Charge 9%
- Pilihan makanan ada pelbagai dari mee, nasi, roti dessert dan minuman
:-)
1 comment:
9% okkay service charge. mak aihhhh. ahahhaha
giler mahal. okbye
Post a Comment