WANNA TRY SOMETHING NEW??

24 November 2012

Air Asia Birthday Bash from 11 cent


Bolehlah start berebut beli tiket malam ni ye.. Boleh tunggu dalam waiting room sama-sama. Sorilah tak dapat join ye sebab aku tgh 'sangat berkerjaya' sekarang ni, tak boleh nak beli lagi..hihiikss..

Jom jom...!!

AirAsia's 11th Birthday Bash!
Fly from Kuala Lumpur
BaliClarkHanoiHong Kong
JakartaJohor BahruKota BharuKrabi
LangkawiMakassarPenangPhnom Penh
SingaporeSurabayaSurat ThaniYangon
and many more destinations!
Find out moreBook from 26 Nov - 2 Dec 2012    Travel from 3 Dec 2012 - 31 Mar 2013
Terms & conditions apply.

22 November 2012

Mama Meow XOXO


21 November 2012

Guardian Clearance Sale!!

Assalamualaikum...

Meh nak kepochi-kepochi sikit.. 3-4 minggu lepas, aku kebutalan kebetulan berpeleseran berjalan-jalan di PKNS Shah Alam. Sekali tengok, wah! Ada CLEARANCE SALE Guardian lah. Aku dengan niat taknak beli apa-apa dan saja suka-suka nak tengok je, so masuklah. Banyak barang murah-murah sebab dia nak habiskan stok-stok lama. Sabun, shampoo, make-up, tisu dan banyak lagilah. Barang-barang hadiah free pun dia ada jual jugak.

Waktu tu pagi lagi, orang tak lah ramai sangat. Bila orang tak ramai, aku pun mulalah melambat-lambatkan masa daaaannn aku pun terr terrbelilah benda-benda kat bawah ni dengan tak sengaja....errkk!

Compact Powder SILKYGIRL RM 8 ONLY!!
Foundation REVLON RM 10 ONLY!!! (foundation Revlon kan mahal kan kan kan kannnn)

See the manufactured date carefully, tahun 2010 dulu dah. Sebab tu dia jual murah, nak habiskan stok je sebab lepas ni benda habiskan cepat, nanti expired lak. Terpaksalah aku pakai benda ni hari-hari. Huahuahuaa... cantik sokmolah gitttuewwww..hakhakhak.

Silky Lips Sheer Color RM 3 ONLY!!!!
Silky White Pressed Poder RM 3 ONLY!!!
Huge & Kisses Lipstick RM 1 ONLY!!!
Itulah ye, tuan-tuan dan puan-puan, dengan niat TAKNAK BELI APA-APA, inilah hasilnya.. ish ish ishhh... Kalau memang nak beli tu ntah macam manalah kan... hehehe....

KATAKAN TAKNAK
KATAKAN TAKNAK
KATAKAN TAKNAK

*wink2!!  :p

20 November 2012

Alif dan Alisya : KL dan Kuala Lumpur, pelajar terbaik


Assalamualaikum...

Ini Alif dan Alisya, anak saudara saya..comelz tak macam saya.hihi.. Alif umur dia 6 tahun, tahun depan masuk sekolah. Alisya baru 2 tahun setengah. Masa ni dalam kereta, nak balik ke Pt Yaani sebab abang saya dan kak ipar saya kena outstation. 

Gambar atas : Aman damai selama 2 minit saja. Selebihnya seperti gambar di bawah. Alif tah kemana, dua2 tak reti duduk diam..
Tiba-tiba teringat soalan kelakar dari Alif dulu. Masa tu dalam kereta. Alif tanya 'Cik Yah, jarak KL dengan Kuala Lumpur jauh ke dekat???'. Adoi.. selama ni dia biasa dengar kot orang pergi KL, pergi 'Kolumpo', dia mesti tempat tu lain-lain.. hahaa... Alip alippp.... Saya pun jawab 'Alif, Kuala tu huruf depan dia apa, Lumpur tu huruf depan dia apa?' Tapi dia jawab main-main, last-last saya malas nak layan..hehe

Anyway,
Tahniah kepada Alif kerana dapat pelajar terbaik peringkat umur 6 tahun di tadika Al-Hidayah. clap3x..
Ilebiu.
Gambar dari facebook abangAdi
:-)

:-)




13 November 2012

Pelamin Simple & Cantik!


Asslaamualaikum...

Tajuk ni tiada kena mengena saya nak kawin ke apa okeyhhh..hihi.. cuma beberapa bulan yang lepas, aku ada pergi satu majlis perkahwinan anak kepada kawan abah yang diadakan di sebuah dewan hotel. 

Apa yang aku boleh katakan. Simple!! tapi cantik! Takda la bunga-bunga yang terlalu banyak dan menyesakkan lalulintas kat dalam dewan. Tapi aku pergi terlalu awal, so pengantin belum tiba lagi. 


Anyway, selamat pengantin baru kepada rakan-rakan yang baru dan akan berkahwin tak lama lagi. Rasanya takda yang bca pun.. Aaa..takpalah..

Ok...tatata.. :-)

12 November 2012

Alif tidur tak hengat punya

Assalamaualaikum...

Beberapa bulan yang lepas, abah aku masuk hospital untuk pembedahan batu karang. Aku ambil gambar Alif saja-saja je mulanya. Lama sangat tunggu, Alif main game kat laptop. Aku pun ajak di main teka-teka. Aku tulis huruf kat belakang badan dia, dia teka huruf atau nombor apa yang aku tulis tu. Pasal dah penat sangat dan syok je orang gosok-gosok belakang badan dia, dia tertidur.

Aliff tengah main game atas katil hospital

Aku pun snap gambar kat bawah ni.Takda tempat nak tidur, terpaksa letak Alif atas kerusi je..kepala asyik nak jatuh ke tepi je, aku pun tahan dari tepi dan SNAP!!  :p

Ini bukan lakonan
Bila aku tunjuk gambar ni kat dia kata 'Sebok je!!!'. hehehe... malu letttewwww...hahaahh..

Chinese Muslim Food TESCO Shah Alam

Assalamualaikum...

Selamat malam Shah Alam..hey hey hey... apa khabar semua.. hey hey...(sila baca dengan nada DJ radio) ahakss... Bila nak tulis entry pasal food ni kan, memang hati berbunga-bunga..hihi..

Okeh, jalan-jalan cari makan kali ni sempoi saja, tak perlu ke restoran. Pergi ke Tesco sahaja. Makanan ni bertempat di Tesco Shah Alam. Tesco Shah Alam ada dua tau, satu yang dekat dengan Stadium dan satu lagi yang berdekatan dengan Carlton Holiday dan roundabout besar tu. Yang ini dekat Tesco berdekatan roundabout tu. Dua-dua Tesco ni terletak kat Seksyen 13, Shah Alam.

Aku dah 3 kali makan kat sini. Terletak di antara kedai makanan yang lain, tulis nama Chinese Muslim (No. 10). Kat sini yang special nya ada home made noodle. Harga, standard harga kat food court.

Kalau makan home made noodle kedai ni, rasa macam tak perasan dah nak habis. Sedap je gitu, payah nak cerita lah..hehe...

Antara Menu yang ada

Antara menu lain yang ada seperti Beef Noodle Soup Lanzhou Style, Home made noodle with egg, Fried mix noodle Qinhai Style, Home made noodle with chicken, Stir fried pan mee with meat dan lain-lain.
Menu lain aku tak pernah cuba lagi. Harga semua menu antara RM 5 - RM 6 je.

Home Made Noodle with Chicken (RM 5)
Home made noodle with chicken, lagi sedap dimakan masa tengah cuaca sejuk, musim hujan ni lagilah sedap. Fuhhh....

Noodle yang baru siap
Sup mee ni sedap tapi macam tawar-tawar je, tapi bergantung kat citarasa masing-masing. Dia ada sediakan sambal lada dan kicap cili bagi lagi tambah sedap. Pekerja yang sediakan makanan kat sini pun baik dan peramah, takda masalah punya..

Itu saja setakat ini. Bababai.....

C U in court!!  :p

Anak awak ada bird okeyy........

Assalamualaikum...

Aku sangat suka dengan ayat doktor yang bagitau jantina anak Asma yang dia post kat fb beberapa hari yang lepas..hehe.. Sempoi ja..


11 November 2012

Sale SEED bag murah

Assalamualaikum...

Pada suatu petang yang hening, aku tengah lepak-lepak je kat rumah. My cousin pergi ke JayaJusco Bukit Raja, Klang dengan kawan dia. Dia ajak aku pergi sekali tapi aku malas kerana kesempitan wang takda apa nak cari pun. Sebenarnya aku nak tengok citer Julia..hihihkkss.. Tiba-tiba masuk satu SMS dari Su 'Seed tengah clearance stok. Su nak ambik 3 beg tapi 1  je yang ok. Yang lain orang dah serbu'.

Aku wat taktau je, sebab rasa macam taknak pun.. Sekali bila dia bawak balik bag yang dia beli tu memang seriously murah!!! Meme ahh... 

SEED handbag
Beg SEED kat atas hanya RM 19 !!! Besar tau, dalam 12 inci x 12 inci gakla. Normal price untuk bag ni RM 194. Kak Yan mintak tolong belikan, tapi bila pergi lagi sekali dah sold out. Tapi takpala tiada rezeki bag di situ.hihi..

Sampai sini saja..dadada...


Cerita Raya Haji 2012

Assalamualaikum...

Tiada cerita menarik sangat tentang Raya Haji yang lepas. Cuma kami satu keluarga berkumpul di Parit Yaani ajela. Yang lagi best, malam tu Cik Din call nak datang tido kat rumah. Esoknya abang aku buat BBQ. Abang aku ni suka sangat buat BBQ, tiap-tiap kali raya mesti buat. Aku ni tak berapa rajin sebab kena duduk mencangkung kipas-kipas kat luar, takda kerusi lagi. Tak rajin, tak rajin. Rajin makan je.


Tunggu ayam siap masak..yummy!! Kipas baek punya..hihhiihh..

Camera yang sama, tapi macam lain warna gambar
Sarah tengah berlari-lari seronok main dengan Alif. Entry lepas ni kita tengok macam mana reaksi Sarah bila parents dia ajak balik..hehe..

Chef BBQ kita.. 

Selain wat BBQ ayam, abang aku buat jugak daging korban.. Daging baru lagi haruslah sedap sangat-sangat. Alhamdulillah rezeki.Ramai lagi orang di luar sana kelaparan, kita di Malaysia memang terlebih mewah dengan makanan.. tetiba lak kan..

Syukur...syukur...

Sampai sini dulu... :-) assalamualaikum..

Sarah bila merajuk

Assalamualaikum...

Biasanya anak buah aku, Alisya dan Alif seronok betul bila dapat jumpa dengan Sarah. Sarah ni anak pakcik aku. Sarah anak tunggal, so bila jumpa dengan dua beradik ni tak ingat nak makan dan tidur. Main je kerjanya, lari sana sini wat sepah sana sini. Happy je tengok diaorang. Kalau malam time nak tido dok sok sek sok sek apa benda tah..hehe.. lepas tu baru balik kat tempat tido masing-masing.

Satu perkara kelakar tentang Sarah ni, bila diorang tak puas lagi main sama-sama, Cik Din dan Cik Kaka dah ajak balik. Mood dia akan terus tiba-tiba berubah, diam jek. Bersalam pun dah taknak. Dan dia selalu taknak tengok orang yang nak balik tu. Sedih nak berpisah la katakan..hehe..

Gambar kat bawah ni diambil di rumah aku kat Johor, masa Sarah dah nak balik. Start dahla sedih dia..

Dah start rasa sedih

hehehe


Waaa taknak balik...

Habis boring dah..hehehe.. 'ala..kena balik gak ke..'

Terpaka balik jugak.. huhu
Macam-macam kan..Comel betul... hehe...

09 November 2012

Friends.. XOXO

Assalamualaikum..

Fina, Nik, Noris dan Ana. Gambar ni ambil dari fb Fina, jangan marah ye Fina..hihi..
Gambar saya takde sebab semua ni saya yang ambil. kot?..
hihi hihi hihi lagi...

Gambar ni diambil pada April 2009, aku ada tulis tajuk Album April 2009, tu tau tu. Makan kat Johny Jusco Bukit Raja, Klang.  Kalau tak, mana nak ingat nye..hehe..


Dari kiri, cepat jalan!! Fina, Nik, Noris, Ana
not together..lalalalala.. makan sambil tidur..zzZZzzZZ...
Babai...

Wedding of the Year LC & MC

Wedding of the Year Lee Chong Wei & Wong Mew Choo
Global live streaming on TONTON
9 & 10 Nov 2012 (7 pm - 1.30 pm)

Live coverage on ntv7
10 Nov 2012 (8.30 pm - 9.30 pm)

Siapa-siapa yang takda TV kat rumah jangan nangis, boleh tengok kat tonton.com.my..hihi

I Want This ! 1

Assalamualaikum...

Comelnyaaa!!!! hihiii.. macam budak-budak ke.. aku suke aku kesah apa kan..
(Berangan bawak beg ni kat airport, pakai baju pink..hikhikss!) dah2.. 

Aku tengok ni ada kat MyDeal.com.my 


Dah ada beg dahle..wat apa beli mahal-mahal..hehe.. engkau tu bukan pergi mana pun Khairiiah weii..hakhakk.. 


LIKE!!!!

LIKE AGAIN!!!! 
Dadada...

Used Authentic Coach Handbag For Sale with affordable price!!

Assalamualaikum... 

For those who are interested, em.. cakap melayu lah! hihi.. 
Saya ada satu beg tangan Coach 100% original untuk dijual. Berikut ciri-ciri beg tersebut:

1. Pernah digunakan sekali sahaja. 
2. Mengapa nak jual? Sebab owner beg ni nak pakai beg yang lagi besar.
3. 100% original
4. RM 550, saya pernah tengok price baru around RM700. 
5. Lokasi beg ni sekarang di Ukay Perdana (my aunt)
6. Dapat paper bag Coach 

Kalau ada yang berminat boleh email saya di khairiah87_phg@yahoo.com.




Terima Kasih. :-)