*Muncul secara tiba-tiba memang kebiasaan bagiku.. ekekekk..*
Panjang tajuk entry, sarung kusyen lama, sarung kusyen baru. Baru-baru mak aku beli sarung kesyen kerusi baru. Sebenarnya dah lama dia nak beli, tapi sarung kusyen bentuk yang lama ni dah tak banyak jual. Kalau ada pun, semua tak cantik. Warna gelap sangatla, warna nampak buruklah, warna sama macam yang dulu lah, corak ntah ape-ape lah. Bak orang kata, alang-alang membeli kan nak carilah yang cantik sikit. Ayat famous aku kat mak aku 'Mak ni asyik pilih warna kuning coklat je (warna kegemaran mak aku), belilah warna lain pulak'. Protes aku. Sebab semua yang mak aku beli mesti warna-warna coklat kuning-kuning. Jawapan standard mak aku 'Dah warna ni yang berkenan'. Banyak songeh lak kan macamle aku yang bayar.. Hihikk..
Maka satu hari yang indah, masa balik dari JB, singgahla kat kedai perabot kejap, nak cari sarung kusyen la apa lagi. Maka dapatlah sarung kusyen yang diidam-idamkan. Walaupun bukan warna bukan pilihan, bolehla dah penat cari merata kedai. Lagipun dapat harga lebih murah sebab dah lepas raya kan. Ini pun aku tak ikut masuk kedai, kalau tak ayat-ayat di atas akan berulang lagi.. hihiihih..
Jadi, berlakulah satu transformasi sarung kusyen di rumahku selepas raya. Biasa orang tukar sebelum raya kan. Haha.. mana-manalah asalkan dapat. Tara!!
|
Ini sebelum ye kawan2 |
|
Tara!! Selepas tukar baru. |
|
Kalau buat macam ok tak. Erk!! Kreatif sangat haku.. |
|
Ini bagus tak payah pikir pasal sarung baru tapi lama-lama bosan kaan. |
Kerusi kayu tu dah lebih 30 tahun dah pun. Sebab masa abang aku kecik-kecik dulu belajar berjalan dia pegang kat kerusi ni la tahan dari jatuh. Nostalgia sangat kheenn...
2 comments:
cantik la sarung tuuu....beli kt mne????
Kat kedai perabot biasa je dekat Rengit, Johor. Tapi stok2 fesyen yang segi empat tepat ni dah susah nak jumpa.
Post a Comment