First of all, aku tahu gambar aku semua besar-besar kan.. Buat saiz X-Large terus. Bukan sebab aku rabun la, sebab laptop aku kecik... tak puas mata memandang. ehehhh..
Jom start cerita pasal makan
Kami order sama je iaitu Set Asam Pedas Ikan Pari. Kat situ dia tulis ada ulam, nasi, telur masin, sambal belacan, asam pedas dan air ais lemon tea. Aku tanya kat waiter tu, sedap tak asam pedas ni. Dia jawab 'rasalah dulu, ni asam pedas Perak, try la'. Tunggu order sampai agak lama lah juga, dia baru nak masak ke apa tahu tahula. Konon nak kejar masa.. lambat jugak.
Makan-makan.lama tunggu ni..
Set Asam Pedas Ikan Pari. Kata ada telur masin kan? Dia ganti dengan telur mata. Bolehlah dari lagi berkurang iye tak.
Rasa asam pedas die sedap, ais lemon tea sedap. Sambal belacan okla. Nasi dengan ulam tak payah ceritala.. heheh.. Harga untuk 1 set ni RM 8.50. Nampak mahal kan. Tapi dengan tempat macam ni,rasa yang best dan ada banyak, aku rasa sangat berbaloi. Tapi tiap-tiap hari tak bolehla..
List menu.. Harga boleh tahan.. Harga i-city lah katakan.. Tapi dulu aku pernah sekali order paprik ayam RM 7, tapi dia bagi banyak, boleh makan untuk 2 orang. Rasa pun sedap.
Ada banyak lagi restoran kat sana, tapi aku tak pernah pergi lagi la. Siapa-siapa yang nak makan kat sana bolehla try restoran ni.. promote pulak..ehehh.. Link facebook D'Taman di sini.
2 comments:
wah, terliur akuuuuu. ahaha harga standard restoran seafood hj ram** kat langkawi tuh yah. ahhaahha
yang ni memang. aku tengok gambar ni semula pun aku boleh terliur..
nanti nak pergi lagi!! haah, dari mkn yg mcm kt langkawi tu, baik yg ni lg sedap. tomyam cair saja rm 8, cait.
Post a Comment