WANNA TRY SOMETHING NEW??

24 January 2012

MELAKA BANDAR BERSEJARAH (2011)

Assalamualaikum semua...

Pada bulan September 2011 yang lepas, *sambil mengingati karangan zaman budak2 dulu*, kami telah pergi ke Melaka. Rombongan seramai 3 orang sahaja, iaitu aku, Su dan seorang lagi. Pergi sehari je, naik kereta.

Bertolak dari Shah Alam pada awal pagi dalam pukul 8.30 pagi. Sarapan dulu di kedai berdekatan, baru bertolak. Lebih kurang 2 jam perjalanan, sampai di Melaka pukul 11 pagi, kami singgah dulu di Pantai Puteri yang sangat cantik! Tarikan di sini adalah pokok-pokok rhu cantik menghadap laut. Kalau tak silap aku, kawasan ni la orang selalu buat video klip. Lepas bergambar ala2 Titanic, kami terus pergi ke Bandar Hilir. Bandar Hilir ni sebenarnye kecik aje, letak je kereta kat satu tempat, dah boleh pusing jalan kaki aje. Oleh kerana kami buat lawatan sehari je, kami bercadang untuk tak masuk semua muzium2 yang ada.

Pantai Puteri. Banyak bot-bot nelayan.

Pohon-pohon rhu di Pantai Puteri.

Kami parking sebelah Stadthuys Museum, RM 3 per entry. Dari stadhuys tu, dah boleh jumpa Chris Church, jam besar dan Dutch Windmill replica, dan Pejabat Pelancongan Melaka. Tak jauh jugak dari Muzium Samudera. Dalam perjalanan nak pergi cari kedai makan, inilah tempat yang sempat singgah. Di pejabat pelancongan Melaka tu, bolehla ambik pamplet pasal Melaka secara PERCUMA ok. Masa tula baru kami fikir nak pergi mana lagi lepas tu.


Stadhuys Museum, Sungai Melaka, Windmill Replica


Lepas makan, kami sambung pergi ke Menara Taming Sari. Menara ni dia berpusing 360 degree. Nampak la seluruh Bandar Melaka dari situ. Ketinggian 110 meter, jangka masa pusingan 7 minit dan tiket untuk pemegang mycard adalah RM 10. Masa operasi dari 10 pagi – 10 malam. Kemudian kami sambung berjalan pergi ke keretapi, kapal terbang, Santiago Bastion dan Kota A Famosa.

Tapak kota lama yang dijumpai. penuh bersejarah nih! Sangat nak naik Duck Boat tu.. Tapi takda sapa-sapa layan.. hahahh.. Sekali naik, RM 36, dia pusing satu Melaka. Mahal lohh..


Menara Taming Sari

Dalam Perjalanan ke Kota A Famosa.Charge energy dulu sebelum naik A Famosa okeh.. macamle tinggi sangat.. Tinggila jugak ok!

Singgah di Santiago Bastion dulu

Baca jangan tak baca! Click gambar untuk lebih jelas.


Kota A Famosa


Antara aktiviti yang boleh dibuat. 


 Kata-kata pelancong dari German Shah Alam. Eceeceeh.. Klik gambar untuk lebih jelas tengok muka kami.


Turun ke Kota A Famosa, bolehla singgah di tepi Sungai Melaka untuk makan ABC kat kedai tepi sungai tu. Sangat sedap dan sangat recommended. Boleh pilih nak cendol campur Aiskrim, campur jagung atau lain2. Lepas makan ABC, kami pergi ke Windmill yang betul-betul tepi Sungai tu, tempat meriam, dan Jonker Street. Jonker Street ni meriah waktu malam, tapi tak sempat la nak pergi. Niat nak singgah rumah Baba & Nyonya, tapi tak sempat.

Windmill, meriam, makan cendol dan Jonker Street.


Lepas tu kami pergi ke Melawat Kampung Morten. Tempatnya tak jauh dari Bandar, tapi tak boleh la jalan kaki, kena naik kereta. Solat jamak dulu kat surau Kampung Morten, pastu baru jalan2. Kat situ banyak rumah yang dihias cantik2 untuk pelancongan. Tapi takla semua rumah hias cantik2, kami datang dah lewat petang, masa lawatan sampai pukul 6 aje ye.  Rumah yang berpagar tak boleh masuk dahla so pergi yang mana boleh aje.

 Kampung Morten. Rumah Mini yang sangat kiut miut!

Jambatan Kampung Morten


Lepas tu, kami pergi melawat Masjid Terapung Melaka, terus tunggu Magrib. Lepas maghrib, kami pergi makan kt Hajah Mona Asam Pedas, Taman Kota Laksamana. Boleh pilih nak ikan apa, harga pun sangat2 berpatutan. Lepas tu, kami terus balik, sampai Shah Alam pukul 11 malam. Kat Shah Alam, singgah minum dulu, baru balik.

Masjid Terapung Melaka. Duck Boat lalu jugak kat ctu.. Owwhh..


 Makan time!! Gambar makanan takde, sebab lapar sangat.hihi..


Inilah perjalanan pendek kami. Kalau diikutkan banyak tempat nak pergi macam Kolam Air Panas Gadek dan Jonker Street waktu malam, tapi tak cukup masa.

TENTATIF PROGRAM

8.30 am – Keluar dari rumah. Sarapan di kedai berdekatan.
9.00 am – Bertolak ke Melaka dari Shah Alam.
11.00 am – Tiba di pantai Melaka.
11.30 am – Pergi ke Bandar Hilir, Melaka. Tempat-tempat yang dilawati ; Jam Besar, Dutch Windwill Replica, Pusat Pelancongan Melaka, kedai-kedai cenderamata dan kawasan sekitar. Semua muzium tak masuk untuk menjimatkan masa.
2.00 pm – Makan di kedai berdekatan.
3.00 pm – Sambung lawatan ke Kota A famosa, windmill tepi sungai, makan cendol, tempat meriam, sekitar Jonker Street.
5.15 pm – Bertolak ke Kampung Morten.
5.30 pm – Solat jamak di surau Kampung Morten, jalan-jalan sekitar Kampung Morten.
6.00 pm – Bertolak ke Masjid Terapung Melaka.
7.30 pm – Lepas maghrib, pergi makan asam pedas.
9.30 pm – Bertolak pulang ke Shah Alam.

2 comments:

cekkeya said...

yah, mana gambar sorang lagi? kenapa berdua je? ahah bertiga kan lebih baik.

vanilla bean said...

sorang lagi tukang amek gambar je la...hehehe :">