WANNA TRY SOMETHING NEW??

29 January 2012

SOUVENIR

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak story2 pasal souvenir. Macamlah banyak info sangat kheennn..

Souvenir atau cenderahati selalu kita beli masa kita pergi ke tampat-tempat menarik. Tak menarik pun beli je lah wei..  Tak semestinya kita pergi ke tempat tu baru ada souvenir. Boleh jugak kalau kawan-kawan atau saudara-mara yang bagi, souvenir dari mana-mana tempat yang diaorang pergi. Biasanya, kita mesti cari souvenir yang kecik, senang nak bawa dan ada tulis nama tempat yang kita pergi tu. Contohnya keychain, kan senang nak bawak tu. Keychain tu pulak ada tulis, Langkawi contohnye. Tak kisahlah dia tulis pakai liquid paper ke, pen ke atau cop je janji bertulis. Kadang-kadang aku terfkir jugak, 'alah ni aku tulis sendiri pun boleh, pakai je water color, keringkan'. Betul x? Tapi tak kiralah macam mana pun, setiap tulisan tu akan mengingatkan kita ke satu-satu tempat yang kita pernah lawati atau dari pemberian rakan-rakan. Selain dari bertulis, boleh jugak macam gambar-gambar yang mencerminkan tempat tersebut. Contoh kalau keychain gambar Helang, mestila dari Langkawi kan. Tak payah nak tulis Langkawi pun dah boleh tahu.

Aku ada beberapa souvenir beli sendiri dan orang bagi. Kalau tengok ni semua, at least kita akan ingat memori daun pisang masa kat sana ke. Kot-kot esok dah tua-tua ke dah lupa ke.. hehe.. Mana tahu ti dah tua, tengok keychain ni baru lah teringat, 'ehh.. haah la aku dulu pernah g Langkawi.. bujang lagi masa tu pegi dgn sapa ek?'. (ok,ni mmg serius dah nyanyuk, padahal ada gambar beratus-ratus, takkan la lupa). Kate contoh kan.. heehehekk.. tp tak mustahil kan?

Contohnya bila aku korek-korek balik keychain2 lama, jumpalah benda-benda ni semua.. Lalu aku pun berkata.....

"Ni keychain Bandung masa Ros bagi dulu. Dia pergi dengan kawan die berdua je. Yang fridge magnet masjid tu Kak Fini punya aku rembat nak amek gambar.'

Keychain dan fridge magnet dari Bandung, Indonesia
'Dari Cameron..Opismate bagi'

Keychain dari Cameron Highlands

'Dari Kak Yan.. Masa dia pergi shooting dulu'

Keychain dari Cherating, Kuantan, Pahang

'Bukit Tinggi, aku beli sendiri. Lawatan singkat saje...'

Keychain dan fridge magnet dari Colmar Tropicale,Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

'Dari Jo, dia beli masa travel ke Spain. Souvenir aku yang suruh beli, kalau tak ntah le..haha'

T-Shirt, dompet dan fridge magnet dari Spain

'Kak Zie, akak opis dulu bagi masa pergi Disneyland, Hong Kong. Family trip katenye.... Ini pun aku dapat pasal aku pergi bergosip kat meja dia masa tu'.

Pen dari Hong Kong


'Aku beli sendiri la... 2 kali g Langkawi. 1st time pergi, al-maklumlah al-JAKUN al-nak mampus.. Semua benda nak beli.. memang di luar kawalan. 2nd time pergi baru semua under control..'

Keychain, T-Shirt, fridge magnet, penanda buku dan gelang dari Pulau Langkawi, Kedah

'Jo bagi masa pergi travel ke Lisbon'

Keychain dari Lisbon, Portugal

'Jo bagi, macam biasa, aku yang suruh beli. kui3x...tq2'

Matrushka dan kaychain dari Moscow, Rusia

'Beli masa kat Mekah. Ada beli kat Mekah Mall, kat masjid masa miqad (sempat lagi tuh), ada dpt free sebab beli barang banyak sangat..hehe'

Gelang, cincin, beg, minyak wangi, inai dan celak dari Mekah

'Dari Melaka, tak ingat bila beli. Tapi benda ni dah ada dari sekolah rendah lagi'

Kotak kayu dari Melaka

'Keychain Kuching makcu bagi, dompet tu masa mak pergi lawatan opis ke Sarawak. Tak bawak aku. hihi'

Keychain dan dompet dari Sarawak

'Ni cabutan bertuah ni dalam feri.. tak pernah-pernah bertuah..tetiba lah pulak'.

T-Shirt dari Tanjung Balai, Indonesia. Ni sebenarnya dapat cabutan bertuah masa naik feri. Kat sana beli tudung je, xde pun keychain2.

'Dari Yashar, classmate dulu. Baik betul die, bagi. Kami kat sini tak pernah bagi die apa-apa pun'.

Tempat letak pen dan keychain dari Tehran, Yaman

'Ini pun aku lupa la sapa bagi..hihihi..Su kot? Fridge magnet macam biasa, pinjam kejap je yang ada kat peti sejuk.hehe'

Fridge magnet dan keychain dari Terengganu

Bila diingatkan balik, banyak lagi souvenir yang orang bagi. Tapi yela, dulu-dulu tak pernah simpan elok-elok. Bila sekarang ni, cari balik dah tak ade. Dahla aku ada pindah rumah, lagilah dah tak ada benda-benda tu semua. Apa-apa pun, bersyukur sebab masih dikurniakan badan yang sihat dan rezeki untuk pergi tengok tempat orang lagi. Moga-moga bertambahlah lagi koleksi souvenir ni semua.. Amin...

**Special thanks to Kak Fini sebab tolong ambilkan gambar-gambar ni semua. 








27 January 2012

KL TOWER AT NIGHT (2010)

Assalamualaikum...

Pada satu petang yang aman Julai 2010 yang lalu.. "ini bukan typo OK, memang betul-betul 2010 dulu punya cerita.. ehehee.." Su ajak aku pergi KL Tower sebab nak ambik gambar. Dalam hati aku kate, biar betul nak pergi KL malam-malam ni. Dahla esoknya aku kerja weeeii.. Ada kena buat assigment katenya. Memandangkan bukan aku yang drive, aku tak kesah la. Plus, aku pun tak tahu jalan KL pun, so kalau aku tidur pun takda masalah.ekeke..

Maka bermulalah pengembaraan kami bermula pukul 8 malam dari Shah Alam ke KL Tower. Dekat-dekat pukul 9, kami pun sampai lah kat KL Tower, banyak jugak la kereta kat parking tu ada kosong pun banyak jugak. Sampai aje, kami pergi kaunter tengok berape harga tiket masuk. Mak Aih! RM 38 sorang. Dahla secara tak langsung aku kena bayar untuk 2 orang. Rabak poket aku, cait. Tapi takpe, bila mengenangkan kembali, last aku pergi KL Tower ni masa ROMBONGAN SAMBIL BELAJAR masa Tingkatan 2 dulu. Dan sebelum tu masa darjah berapa tah, dengan Su jugak sebab Pa die bawak kami.

Dengan RM 38 ni, kami dapat naik Pony Ride, masuk F1 Simulator Zone, masuk Animal Zone dan naik KL Tower lah. Mula-mula masuk-masuk dulu yang kat bawah ni, lepas tu baru lah naik Tower.

Animal Zone ni macam Mini Zoola lebih kurang, ada banyak ular je aku rasa. Monyet pun ada, burung, apa tah lagi. Dalam ni, kaki aku asik rasa ada benda merayap je, padahal takda apa pun, sebab takot-takot ada ular terlepas je. Kalau nak ambik gambar dengan burung, dia cas RM 5. Apala kan dah bayar RM 38 untuk semua. Saja je taww..

Lepas tu masuk ke F1 Simulator Zone. Wah ada banyak kete menan F1 simulator dalam ni. Kami ambik tempat satu sorang kereta, lepas tu person in charge tu start simulation. Bergegar-gegar konon-konon betul-betul rasa macam kereta tu atas trex lumba. Aku yang blur-blur ni pegang stereng, dah terhuyung-hayang. Dalam macam tu je, dah habis masa dah pun, kejap aje. Tak sampai 5 minit pun. Agaknya dapat no last la tuh. Bior lantok, janji aku tak accident. ahahaaa...

(kanan) Dalam Animal Zone. (kiri) Dalam F1 Simulator Zone
Kemudian tibalah masanya untuk menuggang kuda. Bunyik nak macam equestrian tuh. Takda maknanya. Naik pony tu, orang tu bawak je pusing-pusing khemah tu je 2-3 kali, dah.. Tak sempat nak feeling feeling duduk zaman koboi pun, dah kena turun.. Wakakakk.. Tapi memang rasa nak terjatuh la sebab badan dia goyang-goyang kuat sangat. Info : Jangan sesekali berdiri kat belakang kuda, kalau rasa tak nak kena tendang dengan kuda tersebut.

Ini kalau naik balik Rompin ni, berapa jam sampai yek.

Gambar kat atas KL Tower aku tak ambik dari  Su pulak. Pemandangan malam, cantikla jugak dapat tengok lampu-lampu neon yang meriah kat KL ni. Kedai souvenir dan restoran pun ada kat atas ni. Tapi rate harga tu tak tengoklah pulak. Souvenir, harga agak mahal sebab jual kat atas kan. Sebab aku ni bukan pendatang haram asing yang datang KL sekali seumur hidup, aku pun tak beli la apa-apa.


Ini je ada.. ops.. nampak dabel-cin.cait!
Animal Zone Poster. Tengok ular kat tengah-tengah tu..Eeeiiiiii.....!

FI Simulator Zone Poster
Teropong dari atas

Published Price. Ada banyak lagi pakej rupanya, tinggal nak hulur duit aje.wawawa

Untuk info yang lebih lanjut, boleh tengok kat website. Datanglah beramai-ramai ke KL Tower!! Jangan lupa bawak duit lebih. Laman web KL Tower di sini.


26 January 2012

NASI KUKUS AYAM MADU BEREMPAH, SEKSYEN 7, SHAH ALAM (2012)

Assalamualaikum...

Aku ni memang suka la buat orang terliur.. Nanti mesti Cekkeya komen kat bawah 'terliur aku Yah..' hehe.. aku suka aku suka.. jangan marah ye cik yan. Kita stop cerita pasal restoran-restoran ni sebab dah habis bajet gerai-gerai jugak banyak yang sedap-sedap dan jauh lagi murah.

Nasi Kukus memang biasa kita dengar, ada jual kat mana-mana. Tapi yang ini memang betul-betul aku ketagih. Amek kau, ketagih terus, serius tak pernah jemu walaupun aku beli 3 kali seminggu. Kantoi jarang masak.  Gerai ni start bukak petang sekitar pukul 5.30 petang sampai malam. Malam tu aku tak pasti sampai pukul berapa, mungkin sampai semua habis terjual kot. Yang pasti aku pernah lalu pukul 8.30 malam, gerai ni bukak lagi. Dan bukak tiap-tiap hari kecuali hari Rabu sebab ada pasar malam.


Nasi Kukus Ayam Madu Berempah, Kelantan Delight

Encik dan akak yang jaga gerai ni.
Nampak tak sign board SILA BERATUR kat atas tu. Sekarang memang tak nampak kat mana rasionalnya penggunaan signboard tu, sebab aku orang mula-mula sampai. Masa tu dia tengah goreng ayam, tak siap lagi. Orang pun tak ramai sebab awal lagi dan budak U cuti. Aku suka aku suka. Kalau tak, ramai, memang semua tengah beratur. Aku pernah tunggu 20 minit, nak makan nasi kukus ni punya pasal.

Lokasi opposite jalan nak masuk ke I-City. Sebelah tu ada orang jual pisang goreng, keropok dan buah-buahan. Motor merah tu takda kena-mengena OK.

Biasa akak tu akan tanye, 'berapa dik?', 'kuah asing ke sekali?'. Ayam boleh pilih ye. Jangan malu-malu. Kalau nak mintak nasi lebih pun boleh.. Tapi harga tak pastilah dia tambah berapa. Kalau nak makan kat situ pun boleh jugak, ada 2 meja kat belakang.

Nasi kukus, 3-4 timun, sambal cili hijau, kuah kari (biasa dia bagi kacang panjang, leher ayam dan pedal sikit), Ayam Goreng Madu Berempah dan rempah-rempah ayam goreng tu. Gambar ni dah terusik makan sikit, wing pun dah hilang sikit baru ingat nak ambil gambar. ekekeeke..

Lokasi:

Seksyen 7, Shah Alam.
Tapak pasar malam, belakang Medan Selera, tepi jalan menghala ke UiTM, depan pintu masuk I-City.
Harga RM 4.











SEOUL GARDEN (2011)

Assalamualaikum...

Entry yang lepas cerita pasal nak makan steamboat tapi taknak bayar ikut kepala. Kali ini ikut kena bayar ikut kepala. Kat Restoran Seoul Garden. All-you-can-eat except fork and spoon and pinggan mangkuk. Tapi ni bukan steamboat semata-mata, ada jugak BBQ. Sambil bakar sambil rebus.

1 kepala memng mahal, kalau campur-campur air, tax apa semua dalam RM 40++ sorang. So, supaya ianya tak terbazir, aku habiskan masa 2 jam untuk makan kat sini.Biar berbaloi-baloi kan. Kalau datang malam, jangan datang lewat sangat. Nanti tak cukup masa nak makan, dah nak tutup. Bila makan banyak kan nanti kenyang dah takde masa nak tunggu, so kena amek masa untuk makan slow-slow dan lam-lama. Baru lah tak membazir! Air yang ada masa aku pergi oren. Memang sangat-sangatlah sesuai sebab tak muak. Pas minum boleh makan lagi, minum, makan, minum, makan sampai agak-agak lebih nilai RM 40 puas.

Tengah tunggu segala makanan masak. Bebola apa tah tu dah kembung perut sangat dah lambat angkat.

Daging dan ayam yang dah siap peram. Tinggal nak masak je.

Food Selection. Ice kacang ke apa ais krim ke memang dah tak larat aku nak makan semua.

Harga. Air asing, dalam RM 4, boleh refill.

Kalau nak tengok cawangan ada kat mana semua ada kat website. Website Seoul Garden untuk Lembah Klang di sini.







25 January 2012

AYAM PENYET RIA, SEKSYEN 9, SHAH ALAM (2011)

Assalamualaikum..

Kali ni entry tentang makanan yang berasal dari Indonesia. Sekarang ni tak payah pergi jauh-jauh dah, kat Malaysia ni pun dah banyak restoran Indonesia. Tapi keaslian rasa makanan tu hanya orang yang pernah pergi makan kat sana je la tahu.

Kami pernah pergi ke Ayam Penyet Ria, Seksyen 9, SA. Gambar tak banyak sebab memamg masa ni mementingkan makan je, bukan food review pun. ehehe.. Menu boleh pilih samada nak Set atau pun Ala Carte. Biasanya orang ambil set je, semua dah ada. Tapi tengok jugakla tahap kebuluran hawa nafsu makan masa tu macam mane kan.. :p

Kalau set ada Set Ayam penyet, Lele Penyet, Empal/Daging Penyet dan Udang Penyet dan Ayam Bakar. Dalam Set ni ada;

Boleh pilih;
1. Ayam Penyet / Lele Penyet / Daging Penyet / Udang Penyet / Ayam Bakar
2. Sambal 4 pilihan kalau tak silap. Ada yang pedas, ada yang tak pedas.
3. Sup Sayur Asam / Sup Ayam / Bakso
4. Terung goreng / Cendawan Goreng
5. 3 jenis air termasuk teh o ais. 2 lagi yang warna hijau dengan pink tu.
6. Dapat agar-agar dengan bola-bola kecik yang meletup dalam mulut. 

Ini yang aku ingat la. Kalau ada silap tu maaflaa..

Kalau pilihan Ala Carte lagi la banyak. Mula-mula kami duduk kat meja kecik je, meja tu memangla untuk 4 orang. Sekali bila semua makan sampai, sampai tak muat meja. So, kami pun pindahla ke meja sebelah yang lagi besar. Jadi, kalau pergi sana, pilihla meja besar-besar ye. Review sambal, memang pedas tapi sedap. Sapa-sapa yang langsung tak tahan pedas hati-hati ye.hehe.. Tapi ada jugak sambal untuk ayam bakar yang langsung tak pedas. Kalau sambal tak cukup, jangan risau, boleh mintak tambah je. Tapi die akan bagi dalam bekas kecik, dan dia masukkan dalam bil! ingat free ke r. Tapi kalau aku, cukup je la apa yang dia bagi pun dah banyak.

Gambar campur-campur. Belah kiri, ayam bakar. Gambar sup yang atas, sup ayam. Sebelah die cendawan goreng.

Ayam Penyet Ria ni ada banyak cawangan. Yang aku tahu ada kat Seksyen 9, Shah Alam, Sunway Pyramid, dan Bandar Sunway.








THE FUSION STEAMBOAT, PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal steamboat. Apakah itu steamboat? Steamboat adalah makan makanan yang disteam di atas boat  makanan yang direbus dalam sup atau tomyam. Apa-apa saja macam udang, sotong, ayam, sayur, fish2 ball ke apa tu..

Tempat yang aku pergi kat Plaza Alam Sentral, The Fusion Steamboat. Tempat ni sesuai la bagi sapa-sapa nak makan steamboat tapi taknak bayar ikut kepala. Kalau ikut kepala kan mahal, tapi all can eat la kan. Lagi tak berbaloi kalau makan sikit je, tak sampai pun harga yang dibayar sebab perut dah sendat kenyang sangat. So yang ni boleh share je la. Kalau perut besar tak cukup boleh la tambah makanan lain. Ada 3 SET steamboat yang boleh dipilih. Set bebola-bebola, set daging dan ayam dan set seafood. Harga lain-lain, dari RM 17 - RM 23. Harga tepat aku tak ingat sebab ni semua gambar lama.  

Kak Fini tambah nasi goreng, aku dengan Su share nasi putih dengan ikan bakar. Kalau tak cukup boleh tambah lagi steamboat tu ada dalam peti sejuk kat depan tu. Aku dengan Su berebut apa tah nama macam tauhu kering tu. Tambah lagi, tambah la harga ye dokk..

Kalau time malam sejuk-sejuk ni memang best la makan steamboat ni kan. Hirup kuah tomyam tu panas-panas. Ok la, sampai sini saje.. tatata.. 










PEKAN KUKUP, PONTIAN, JOHOR (2009)

Assalamualaikum...

Bagi siapa-siapa yang tinggal kat Johor, kot-kot bosan hujung minggu boleh la pergi ke Pekan Kukup, Pontian, Johor. Dari Johor Bahru dalam 1 jam je. Di Kukup ni banyak pusat ternak ikan dalam sangkar. Kat sini kalau nak pusing-pusing naik bot kalau tak silap aku RM 3 sorang. Dia bawa pergi ke sangkar ikan. Tempat ni terkenal dengan seafood, tapi masa aku pergi tu banyak takde restoran melayu, mungkin ada kat kawasan lain kot. 

Kawasan ni jugak tak jauh dengan jeti untuk naik feri ke Tanjung Balai, Indonesia dan Taman Negara Pulau Kukup. Aku pergi naik bot ke tempat ternak ikan aje. Tempat-tempat lain tak pergi. Gambar-gambar ni masa pergi tahun 2009 dulu. Lama dah kan.

Berangin je...fiuuuu fiuuuu...eeheeheh


Pakcik dan makcik omputih yang kerja kt Singapore, jalan-jalan je katanye..


Pemandangan kolam ikan

Masa on the way balik tu lepak-lepak dulu makan pisang goreng kat tepi jalan. Kawasan kampung je, memang seronok. Teringin nak pergi Tanjung Piai.. Nanti kalau ada masa.













KAFE D' TAMAN I -CITY SHAH ALAM (2012)

Assalamualaikum...

First of all, aku tahu gambar aku semua besar-besar kan.. Buat saiz X-Large terus. Bukan sebab aku rabun la, sebab laptop aku kecik... tak puas mata memandang. ehehhh..

Jom start cerita pasal makan sampai lebam. Haritu masa lunch aku terpaksa pergi pejabat pos, so kami rombongan 'girls club' pergilah ke I-city untuk siapkan apa-apa yang patut. Lepas tu baru boleh berjumba-ria. Kami plan makan dekat-dekat situ aje sebab takut  lambat nanti bos marah tak cukup masa. Aku pun beri cadangan untuk pergi Kafe D'Taman, terletak kat belakang post office tu aje.

Kami order sama je iaitu Set Asam Pedas Ikan Pari. Kat situ dia tulis ada ulam, nasi, telur masin, sambal belacan, asam pedas dan air ais lemon tea. Aku tanya kat waiter tu, sedap tak asam pedas ni. Dia jawab 'rasalah dulu, ni asam pedas Perak, try la'. Tunggu order sampai agak lama lah juga, dia baru nak masak ke apa tahu tahula. Konon nak kejar masa.. lambat jugak.



Makan-makan.lama tunggu ni..


Set Asam Pedas Ikan Pari. Kata ada telur masin kan? Dia ganti dengan telur mata. Bolehlah dari lagi berkurang iye tak.

Rasa asam pedas die sedap, ais lemon tea sedap. Sambal belacan okla. Nasi dengan ulam tak payah ceritala.. heheh..  Harga untuk 1 set ni RM 8.50. Nampak mahal kan. Tapi dengan tempat macam ni,rasa yang best dan ada banyak, aku rasa sangat berbaloi. Tapi tiap-tiap hari tak bolehla.. 


List menu.. Harga boleh tahan.. Harga i-city lah katakan.. Tapi dulu aku pernah sekali order paprik ayam RM 7, tapi dia bagi banyak, boleh makan untuk 2 orang. Rasa pun sedap. 

Ada banyak lagi restoran kat sana, tapi aku tak pernah pergi lagi la. Siapa-siapa yang nak makan kat sana bolehla try restoran ni.. promote pulak..ehehh.. Link facebook D'Taman di sini.
















24 January 2012

MELAKA BANDAR BERSEJARAH (2011)

Assalamualaikum semua...

Pada bulan September 2011 yang lepas, *sambil mengingati karangan zaman budak2 dulu*, kami telah pergi ke Melaka. Rombongan seramai 3 orang sahaja, iaitu aku, Su dan seorang lagi. Pergi sehari je, naik kereta.

Bertolak dari Shah Alam pada awal pagi dalam pukul 8.30 pagi. Sarapan dulu di kedai berdekatan, baru bertolak. Lebih kurang 2 jam perjalanan, sampai di Melaka pukul 11 pagi, kami singgah dulu di Pantai Puteri yang sangat cantik! Tarikan di sini adalah pokok-pokok rhu cantik menghadap laut. Kalau tak silap aku, kawasan ni la orang selalu buat video klip. Lepas bergambar ala2 Titanic, kami terus pergi ke Bandar Hilir. Bandar Hilir ni sebenarnye kecik aje, letak je kereta kat satu tempat, dah boleh pusing jalan kaki aje. Oleh kerana kami buat lawatan sehari je, kami bercadang untuk tak masuk semua muzium2 yang ada.

Pantai Puteri. Banyak bot-bot nelayan.

Pohon-pohon rhu di Pantai Puteri.

Kami parking sebelah Stadthuys Museum, RM 3 per entry. Dari stadhuys tu, dah boleh jumpa Chris Church, jam besar dan Dutch Windmill replica, dan Pejabat Pelancongan Melaka. Tak jauh jugak dari Muzium Samudera. Dalam perjalanan nak pergi cari kedai makan, inilah tempat yang sempat singgah. Di pejabat pelancongan Melaka tu, bolehla ambik pamplet pasal Melaka secara PERCUMA ok. Masa tula baru kami fikir nak pergi mana lagi lepas tu.


Stadhuys Museum, Sungai Melaka, Windmill Replica


Lepas makan, kami sambung pergi ke Menara Taming Sari. Menara ni dia berpusing 360 degree. Nampak la seluruh Bandar Melaka dari situ. Ketinggian 110 meter, jangka masa pusingan 7 minit dan tiket untuk pemegang mycard adalah RM 10. Masa operasi dari 10 pagi – 10 malam. Kemudian kami sambung berjalan pergi ke keretapi, kapal terbang, Santiago Bastion dan Kota A Famosa.

Tapak kota lama yang dijumpai. penuh bersejarah nih! Sangat nak naik Duck Boat tu.. Tapi takda sapa-sapa layan.. hahahh.. Sekali naik, RM 36, dia pusing satu Melaka. Mahal lohh..


Menara Taming Sari

Dalam Perjalanan ke Kota A Famosa.Charge energy dulu sebelum naik A Famosa okeh.. macamle tinggi sangat.. Tinggila jugak ok!

Singgah di Santiago Bastion dulu

Baca jangan tak baca! Click gambar untuk lebih jelas.


Kota A Famosa


Antara aktiviti yang boleh dibuat. 


 Kata-kata pelancong dari German Shah Alam. Eceeceeh.. Klik gambar untuk lebih jelas tengok muka kami.


Turun ke Kota A Famosa, bolehla singgah di tepi Sungai Melaka untuk makan ABC kat kedai tepi sungai tu. Sangat sedap dan sangat recommended. Boleh pilih nak cendol campur Aiskrim, campur jagung atau lain2. Lepas makan ABC, kami pergi ke Windmill yang betul-betul tepi Sungai tu, tempat meriam, dan Jonker Street. Jonker Street ni meriah waktu malam, tapi tak sempat la nak pergi. Niat nak singgah rumah Baba & Nyonya, tapi tak sempat.

Windmill, meriam, makan cendol dan Jonker Street.


Lepas tu kami pergi ke Melawat Kampung Morten. Tempatnya tak jauh dari Bandar, tapi tak boleh la jalan kaki, kena naik kereta. Solat jamak dulu kat surau Kampung Morten, pastu baru jalan2. Kat situ banyak rumah yang dihias cantik2 untuk pelancongan. Tapi takla semua rumah hias cantik2, kami datang dah lewat petang, masa lawatan sampai pukul 6 aje ye.  Rumah yang berpagar tak boleh masuk dahla so pergi yang mana boleh aje.

 Kampung Morten. Rumah Mini yang sangat kiut miut!

Jambatan Kampung Morten


Lepas tu, kami pergi melawat Masjid Terapung Melaka, terus tunggu Magrib. Lepas maghrib, kami pergi makan kt Hajah Mona Asam Pedas, Taman Kota Laksamana. Boleh pilih nak ikan apa, harga pun sangat2 berpatutan. Lepas tu, kami terus balik, sampai Shah Alam pukul 11 malam. Kat Shah Alam, singgah minum dulu, baru balik.

Masjid Terapung Melaka. Duck Boat lalu jugak kat ctu.. Owwhh..


 Makan time!! Gambar makanan takde, sebab lapar sangat.hihi..


Inilah perjalanan pendek kami. Kalau diikutkan banyak tempat nak pergi macam Kolam Air Panas Gadek dan Jonker Street waktu malam, tapi tak cukup masa.

TENTATIF PROGRAM

8.30 am – Keluar dari rumah. Sarapan di kedai berdekatan.
9.00 am – Bertolak ke Melaka dari Shah Alam.
11.00 am – Tiba di pantai Melaka.
11.30 am – Pergi ke Bandar Hilir, Melaka. Tempat-tempat yang dilawati ; Jam Besar, Dutch Windwill Replica, Pusat Pelancongan Melaka, kedai-kedai cenderamata dan kawasan sekitar. Semua muzium tak masuk untuk menjimatkan masa.
2.00 pm – Makan di kedai berdekatan.
3.00 pm – Sambung lawatan ke Kota A famosa, windmill tepi sungai, makan cendol, tempat meriam, sekitar Jonker Street.
5.15 pm – Bertolak ke Kampung Morten.
5.30 pm – Solat jamak di surau Kampung Morten, jalan-jalan sekitar Kampung Morten.
6.00 pm – Bertolak ke Masjid Terapung Melaka.
7.30 pm – Lepas maghrib, pergi makan asam pedas.
9.30 pm – Bertolak pulang ke Shah Alam.