WANNA TRY SOMETHING NEW??

24 January 2012

MELAKA BANDAR BERSEJARAH (2011)

Assalamualaikum semua...

Pada bulan September 2011 yang lepas, *sambil mengingati karangan zaman budak2 dulu*, kami telah pergi ke Melaka. Rombongan seramai 3 orang sahaja, iaitu aku, Su dan seorang lagi. Pergi sehari je, naik kereta.

Bertolak dari Shah Alam pada awal pagi dalam pukul 8.30 pagi. Sarapan dulu di kedai berdekatan, baru bertolak. Lebih kurang 2 jam perjalanan, sampai di Melaka pukul 11 pagi, kami singgah dulu di Pantai Puteri yang sangat cantik! Tarikan di sini adalah pokok-pokok rhu cantik menghadap laut. Kalau tak silap aku, kawasan ni la orang selalu buat video klip. Lepas bergambar ala2 Titanic, kami terus pergi ke Bandar Hilir. Bandar Hilir ni sebenarnye kecik aje, letak je kereta kat satu tempat, dah boleh pusing jalan kaki aje. Oleh kerana kami buat lawatan sehari je, kami bercadang untuk tak masuk semua muzium2 yang ada.

Pantai Puteri. Banyak bot-bot nelayan.

Pohon-pohon rhu di Pantai Puteri.

Kami parking sebelah Stadthuys Museum, RM 3 per entry. Dari stadhuys tu, dah boleh jumpa Chris Church, jam besar dan Dutch Windmill replica, dan Pejabat Pelancongan Melaka. Tak jauh jugak dari Muzium Samudera. Dalam perjalanan nak pergi cari kedai makan, inilah tempat yang sempat singgah. Di pejabat pelancongan Melaka tu, bolehla ambik pamplet pasal Melaka secara PERCUMA ok. Masa tula baru kami fikir nak pergi mana lagi lepas tu.


Stadhuys Museum, Sungai Melaka, Windmill Replica


Lepas makan, kami sambung pergi ke Menara Taming Sari. Menara ni dia berpusing 360 degree. Nampak la seluruh Bandar Melaka dari situ. Ketinggian 110 meter, jangka masa pusingan 7 minit dan tiket untuk pemegang mycard adalah RM 10. Masa operasi dari 10 pagi – 10 malam. Kemudian kami sambung berjalan pergi ke keretapi, kapal terbang, Santiago Bastion dan Kota A Famosa.

Tapak kota lama yang dijumpai. penuh bersejarah nih! Sangat nak naik Duck Boat tu.. Tapi takda sapa-sapa layan.. hahahh.. Sekali naik, RM 36, dia pusing satu Melaka. Mahal lohh..


Menara Taming Sari

Dalam Perjalanan ke Kota A Famosa.Charge energy dulu sebelum naik A Famosa okeh.. macamle tinggi sangat.. Tinggila jugak ok!

Singgah di Santiago Bastion dulu

Baca jangan tak baca! Click gambar untuk lebih jelas.


Kota A Famosa


Antara aktiviti yang boleh dibuat. 


 Kata-kata pelancong dari German Shah Alam. Eceeceeh.. Klik gambar untuk lebih jelas tengok muka kami.


Turun ke Kota A Famosa, bolehla singgah di tepi Sungai Melaka untuk makan ABC kat kedai tepi sungai tu. Sangat sedap dan sangat recommended. Boleh pilih nak cendol campur Aiskrim, campur jagung atau lain2. Lepas makan ABC, kami pergi ke Windmill yang betul-betul tepi Sungai tu, tempat meriam, dan Jonker Street. Jonker Street ni meriah waktu malam, tapi tak sempat la nak pergi. Niat nak singgah rumah Baba & Nyonya, tapi tak sempat.

Windmill, meriam, makan cendol dan Jonker Street.


Lepas tu kami pergi ke Melawat Kampung Morten. Tempatnya tak jauh dari Bandar, tapi tak boleh la jalan kaki, kena naik kereta. Solat jamak dulu kat surau Kampung Morten, pastu baru jalan2. Kat situ banyak rumah yang dihias cantik2 untuk pelancongan. Tapi takla semua rumah hias cantik2, kami datang dah lewat petang, masa lawatan sampai pukul 6 aje ye.  Rumah yang berpagar tak boleh masuk dahla so pergi yang mana boleh aje.

 Kampung Morten. Rumah Mini yang sangat kiut miut!

Jambatan Kampung Morten


Lepas tu, kami pergi melawat Masjid Terapung Melaka, terus tunggu Magrib. Lepas maghrib, kami pergi makan kt Hajah Mona Asam Pedas, Taman Kota Laksamana. Boleh pilih nak ikan apa, harga pun sangat2 berpatutan. Lepas tu, kami terus balik, sampai Shah Alam pukul 11 malam. Kat Shah Alam, singgah minum dulu, baru balik.

Masjid Terapung Melaka. Duck Boat lalu jugak kat ctu.. Owwhh..


 Makan time!! Gambar makanan takde, sebab lapar sangat.hihi..


Inilah perjalanan pendek kami. Kalau diikutkan banyak tempat nak pergi macam Kolam Air Panas Gadek dan Jonker Street waktu malam, tapi tak cukup masa.

TENTATIF PROGRAM

8.30 am – Keluar dari rumah. Sarapan di kedai berdekatan.
9.00 am – Bertolak ke Melaka dari Shah Alam.
11.00 am – Tiba di pantai Melaka.
11.30 am – Pergi ke Bandar Hilir, Melaka. Tempat-tempat yang dilawati ; Jam Besar, Dutch Windwill Replica, Pusat Pelancongan Melaka, kedai-kedai cenderamata dan kawasan sekitar. Semua muzium tak masuk untuk menjimatkan masa.
2.00 pm – Makan di kedai berdekatan.
3.00 pm – Sambung lawatan ke Kota A famosa, windmill tepi sungai, makan cendol, tempat meriam, sekitar Jonker Street.
5.15 pm – Bertolak ke Kampung Morten.
5.30 pm – Solat jamak di surau Kampung Morten, jalan-jalan sekitar Kampung Morten.
6.00 pm – Bertolak ke Masjid Terapung Melaka.
7.30 pm – Lepas maghrib, pergi makan asam pedas.
9.30 pm – Bertolak pulang ke Shah Alam.

Entry selepas bertahun


Seperti yang sedia maklum, dah lama aku tak update blog ni. Bertahun jugak la. Last entry pada Nov 2010. Sebenarnye macam2 benda boleh cerita, tapi aku tunggu alat yang dicipta untuk baca fikiran kita, dan automatic die tertulis sendiri kt blog *hape punye pemalas T_T*

Sebelum aku memulakan kerja di tempat baru nanti, yang dijangkan akan lagi tak sempat nak wat entry, lebih baik aku buat mana yang sempat dulu. (Feeling-feeling kerja selalu kena outstation oversea).



                        Takdenye sampai macam ni.. Keje office hour aje la…rempit saja suda..  kakakaka.







.

09 November 2010

YA

macam tak percaye lak aku tulis blog ni dulu..

mengingatkan mana belajar dl.. indahnya!!

mungkin jauh dari yan sampai aku da lupa aku ada blog??

15 September 2009

update

ti la update... tgh busy buat kuih raye.

09 August 2009

untittle

Aku suka lagu ni. Best...
Penyanyi nye pun bersuara merdu dan cantik.
Baru berumur 15 tahun tapi sangat berbakat.

OH BABY (CINTA LAURA)

Kau bikin pusing tujuh keliling
Buat aku mabuk kepayang
Gayamu cool dan seksi
Mentok aku kepada kamu
Jadi semakin aku cinta

Kau sihir aku yang sedang kosong
Di saat aku butuh cinta
Mantra-mantra dahsyatmu
Menarik aku yang sendiri
Memang lagi putus cinta

Katakan-katakan kau sungguh-sungguh
Hanya ada ku di didalam hatimu
Katakan-katakan kau cinta aku
Untuk selamanya kau jadi milikku

I don't wanna lose you
Yes I wanna hold you
I don't wanna make you
Make you sad and make you cry

Oh baby baby baby (baby baby)
Oh baby baby baby (hu wuoo uoo uoo...)
Oh baby baby baby (my baby)
Oh baby baby baby (baby oh yeeah)

Ehem2 : ape maksud mantra-mantra yek?

03 March 2009

~~SuAsANa Di LaB 1~~

Hari jumaat kelas FYP selalu habis tepat 12.30. Selalu ramai antara ktorg g Lab 1. Macam2 tujuan lah ada.. nk wat Lab lah(coz student en Jamil sgroup tk dpt wat, takde markah), wat online test lah, nk cari journal lah, nk bca komik lah, isi borang tu, borang ni...
Aten yg sedang gembira

Lecturer CCNA baru??

Aten, Ana, Umi n Wana.

Masing2 membuat hal masing2.. termasuk la aku...



02 March 2009

~~ MaLAM ItU..........~~

Malam semalam aku dan Yan telah pergi ke fakulti untuk men 'search' Internet.. ingtkan betul2 laju.. tp malam tu ntah kenapa biasa2 aje....Membuatkan kami mengantuk menunggu...


Senyum dalam duka mencari informasi.... chait!!

Wak Jol turut memeriahkan suasana...